suria

Penari dan koreografer ‘Macam-Macam Aznil’ Ahmad Kassan meninggal dunia di Singapura

Ahamd Kassan meninggal dunia di Singapura.

KOREOGRAFER terkenal Ahmad Kassan dilaporkan meninggal dunia di Singapura pada pagi Jumaat.

Berita tersebut dikongsi oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi yang juga merupakan sahabat Allahyarham menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

Aznil memberitahu sebagai sahabat dia terkejut dengan perkhabaran tersebut apatah lagi sudah lama tidak berhubung dengan Ahmad Kassan.

373001572_989420015437758_7326782831669430504_n

Allahyarham semasa menjadi salah seoang tenaga pengajar dalam tarian.

"Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat saya, Ahmad Kassan yang merupakan nadi kuat program Macam-Macam Aznil suatu ketika dahulu.

"Saya cuma dapat khabar tersebut melalui hantaran di media sosialnya dan baru sebentar tadi saya terima berita pemergiannya.

"Dia dikhabarkan telah meninggal dunia di Singapura, tapi saya tak tahu jam berapa. Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Euphoria’ Angus Cloud meninggal dunia seminggu selepas kematian bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon era 1990-an Zack Idris meninggal dunia

Dalam kesempatan itu, Aznil juga mengakui kehilangan rakan karibnya itu memandangkan mereka banyak meluangkan masa bersama semasa menjalani rancangan Macam Macam Aznil suatu ketika dahulu.

"Saya sangat terasa dengan kehilangan dia, semoga kita semua sama-sama dapat sedekah bacaan surah al-Fatihah kepada arwah.

"Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain