suria

Anak-anak enggan tidur asing, Watie dan Shuib akhirnya dapat tidur sekatil berdua - “Tapi sebelah-belah sajalah”

Watie teruja berjaya pisahkan anak-anak tidur berasingan.

ISTERI kepada Shuib meluahkan rasa teruja apabila dia berpeluang tidur sekatil berdua bersama penyampai radio Suria FM itu buat kali pertama ketika bercuti di Semporna, Sabah.

Watie atau Fati Nikmatil Adawiah Hanifiah, 35, berkata, sebelum ini dia dan Shuib terpaksa tidur berhimpit dengan tiga orang anak mereka yang lain iaitu Uwais, Talita dan Matin.

Kata Watie usaha untuk memisahkan anak-anaknya tidur berasingan tidak mudah apabila masing-masing enggan mengalah untuk tidur bersama mereka.

Watieee

Watie kongsi gelagat anak-anak mahu tidur bersamanya.

"Kita berjaya daddy! Buat pertama kali mummy dan daddy dapat tidur berdua... tapi katil sebelah-belah saja lah pun.

"Biasa akan berhimpit sekali lima tapi ini pun dah jenuh lat tali lat... ohsom sebab semua tak nak tidur tepi sana.

"Semua nak tidur tepi sini dengan dummy dan daddy," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Watie gigih bersolek nak pergi memancing, Shuib memang suruh isteri berdandan

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian di Langkawi kali pertama Watie dan Shuib berdua-duaan, baru faham erti bulan madu

Watie berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang memaparkan tiga orang anaknya itu sedang lena tidur bersama.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain