suria

2 hari tahan kejang perut, Syafie Naswip selamat jalani pembedahan apendiks

Pengalaman di hospital buat Syafie lebih berjaga-jaga selepas ini.

PELAKON Syafie Naswip selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara baru-baru ini.

Syafie, 31, berkata, dia sebelum ini mengalami kejang perut selain sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan mengalami masalah apendiks.

"Perjalanan yang sukar. Ia satu pengalaman yang bagus bila difikirkan kembali.

Syafiee

Syafie semasa berada di hospital untuk jalani pembedahan apendiks.

"Satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Kejang perut selama dua hari... Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

"Setiap malam setiap saat beralih ke sana ke sini sebab sakit sampai sesak nafas," katanya.

Syafie berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dirinya semasa berada di hopsital.

ARTIKEL BERKAITAN: Orangnya kuat! Syafie Naswip puji Nad Zainal tak tunjuk sakit di set penggambaran... cuma pernah nampak batuk-batuk biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Nama jarang terpalit kontroversi, Syafie Naswip pegang prinsip utama kerja berbanding peribadi

Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat Syafie yang kelihatan lemah dan tidak berdaya semasa dimasukkan ke hospital berkenaan dan kembali tersenyum apabila dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu dia mengalami masalah itu disebabkan tabiatnya yang gemar makan makanan pedas.

Pembedahan membuang apendiks juga menjadi pengajaran buatnya untuk lebih menjaga pemakanan selepas ini.

Syafieeee

Syafie semasa berada di hospital selepas hampir sembuh.

Malah dia juga mengakui pengalaman tersebut memberi pengajaran berharga buat dirinya.

"Itu semua salah saya sebab ketagih makan masakan pedas sejak kecil.

"Tapi aku belajar banyak benda selama empat hari kuarantin di hospital," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain