PELAKON Hairul Azreen mendedahkan pernah berdepan kejadian memalukan apabila ditolak seorang artis ketika mengajaknya bergambar sebelum dia bergelar selebriti. Hairul atau Hairul Azreen Idris, 34, berkata, insiden itu berlaku selepas foto yang diambil bersama artis lelaki tersebut tidak jelas sebelum permintaan mengambil semula gambar tidak dilayan. "Ada seorang artis ini, masa itu saya pakai telefon 6600 (Nokia). saya cakap dengan dia nak bergambar... Telefon itu pula jenis kalau ambil foto kena tunggu tiga saat. "Individu yang tolong ambil gambar kami pun tak peka dan rakam terlalu cepat sampai gambar kami jadi kabur. Hairul berkongsi kisah sedih sebelum bergelar pelakon. "Jadi saya minta izin pada artis itu mengambil sekali lagi gambar kami... Dia tolak saya," katanya. Hairul berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program Sembang Studio bersama pelakon Amelia Henderson. Susulan insiden itu, Hairul berazam dia tidak akan melakukan perkara serupa sekiranya dia bergelar pelakon dan menolak permintaan peminat untuk bergambar. "Ini cerita betul... Dia tolak saya dan hati saya hancur kerana idola saya berkelakuan seperti itu. ARTIKEL BERKAITAN: 'Malbatt Misi Bakara' filem terakhir Hairul Azreen, umum bersara sebagai pelakon ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen tak boleh teruskan penggambaran 'The Original Gangster', alami kecederaan serius... "Sampai masa saya berehat" "Saya terus berniat kalau jadi artis, saya tidak akan pernah menolak permintaan peminat," ujarnya. Dalam pada itu, Hairul yang enggan mendedahkan identiti idolanya itu berkata, artis tersebut kini cuba berbuat baik kepadanya selepas melihat dia berjaya menerusi filem-filem lakonannya. Kata Hairul, artis tersebut mungkin tidak mengingati insiden memalukan itu namun ia terpahat dihatinya sehingga ke hari ini. Ini cerita betul... Dia tolak saya dan hati saya hancur kerana idola saya berkelakuan seperti itu. HAIRUL AZREEN PELAKON "Dia tak tahu yang saya ingat sampai sekarang dan saya pun tak pernah bercakap dengan dia (tentang insiden itu)... Sampai hari ini pun saya tak sebut nama dia. "Tapi apabila bertemu dan saya tengok dia, tidaklah saya beritahu dia pernah tolak saya... Tapi sekarang dia yang tegur saya," katanya. Mengimbau kenangan sebelum bergelar pelakon, Hairul tidak malu mengakui dia pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai jam tangan yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bergelar pelakon. Filem terbaharu Hairul iaitu Malbatt Misi Bakar mencipta kejayaan luar biasa. Kata Hairul, ketika itu juga dia sering terserempak dengan kelibat selebriti tempat yang dikerumun peminat dan sejak itu dia berazam mahu menjadi seorang selebriti. "Saya sering lihat artis lalu nak pergi Langkawi, nampak Saiful Apek Senario, Afdlin Shauki. "Waktu itu saya rasa bestnya jadi artis... orang pandang. Saya terfikir kalau jadi artis kan best orang ambil gambar dengan saya. "Pada waktu itu saya sudah ada rasa minat untuk jadi artis, tapi saya tahu saya tidak layak kerana tidak boleh menyanyi,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!