PELAKON Aedy Ashraf menegaskan hubungannya dengan Daiyan Trisha tidak lebih daripada sekadar teman biasa. Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, menjelaskan spekulasi kononnya puisi tulisan Daiyan tentang kecurangan juga bukan mengenai dirinya. "Spekulasi tentang apa yang ditulis oleh seorang rakan dalam bukunya tentang saya. Ini tidak benar. Kenyataan Aedy tentang kontroversi mengaitkan namanya. "Kami tidak pernah terlibat secara romantik dan tidak lebih daripada kawan," katanya. Aedy menjelaskan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak puisi curang tentang Aedy Ashraf, Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca - “Itu mungkin sekadar spekulasi mereka” ARTIKEL BERKAITAN: Salah sendiri kongsi video bersama, Amelia tak melenting gosip bakal kahwin Aedy Ashraf Dalam perkembangan lain, Aedy mendedahkan dia tidak pernah memberi persetujuan foto bersama pelakon Ahirine Ahirudin untuk filem Tebus The Movie disiarkan di media sosial yang menjadi kontroversi. Jelas Aedy, gambar tersebut diambil daripada salah satu babak dalam filem tersebut dan tidak membenarkan foto itu disiarkan di mana-mana platform media sosial. "Saya tidak pernah bersetuju bahawa bahan seperti ini disiarkan untuk mempromosikan filem itu," jelasnya. Aedy kecewa publisti murahan diadakan untuk filemnya. Aedy berkata, dia kecewa apabila publisiti murahan seperti itu sengaja dicipta bagi melariskan dan menarik perhatian penonton. "Itu ada sebuah filem yang hebat... Saya letak banyak tenaga, masa dan usaha bagi memastikan ia dapat memberi impak menakjubkan buat peminat. "Saya enggan membiarkan semuanya sia-sia hanya kerana publisiti. Semua yang saya lakukan untuk keluarga dan peminat," luahnya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!