GIMIK dan fesyen di luar kotak memang tak dapat dipisahkan dengan penyanyi Aina Abdul. Kali ini penyanyi berusia 30 tahun itu tampil menggegarkan Bukit Bintang apabila tampil mengadakan sidang media bagi mengumumkan penganjuran konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di perkarangan Star Hill, Kuala Lumpur. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, tampil di tengah-tengah kesibukan kawasan tumpuan pelancong itu dengan gaun labuh berwarna krim di hadapan pusat beli-belah Pavilion sebelum melintas ke arah perkarangan Star Hill sekitar pukul 4.40 petang. Aina sempat mendendangkan tiga buah lagu buat peminat. Peminat yang berhimpun menanti kemunculan Aina juga tampil seragam dengan memakai baju berwarna merah sebelum berarak ke tempat sidang media. Kemunculan penyanyi itu turut menarik perhatian orang ramai dan pelancong yang turut mengambil gambar dan merakam video Aina. ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul datang ABPBH35 naik lori berkaca, busana ‘oversize’ Behati curi tumpuan ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen pelik ditegur, Aina Abdul tulis luahan hati... Merenung baca setiap komen Rata-rata mempamerkan rasa kagum dengan penampilan Aina. Tidak menghampakan peminat yang sabar menanti kemunculannya, Aina turut mendendangkan tiga buah lagi buat peminat iaitu Jangan Mati Rasa Itu, Fool dan Terus Hidup. Peminat dan pihak media yang hadir ke sidang media tersebut. Sementara itu, Aina turut mengejutkan peminat dengan kemunculan iklan bagi mempromosi konsertnya di papan billboard gergasi yang terletak di Pavilion. Untuk rekod, A Night With Aina Abdul 3.0 bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 November depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!