suria

[V] Jenazah Raymond Goh selamat dikebumikan, penerbit Nightline sifatkan arwah tak kedekut ilmu

Faridah dan anak-anaknya menyiram air ke kubur Raymond.

JENAZAH Allahyarham Raymond Goh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur sekitar pukul 5.25 petang Selasa.

Sedih atas pemergian suami tercinta, isteri kepada Raymond iaitu Faridah Teh tidak dapat mengungkap sebarang kata ketika ditemui media ketika ditanya tentang Allahyarham.

Bagaimanapun Faridah sempat menzahirkan penghargaan buat keluarga dan rakan-rakan yang meluangkan masa hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.

553 (2)

Raymond meninggal dunia pada pagi Selasa.

"Saya hargai kehadiran anda semua. Maaf saya tidak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, penerbit program Nightlive TV3 iaitu Amelia Nadia Azharul Nahar menyifatkan Raymond sebagai seorang rakan sekerja yang ceria sepanjang bergelar penyampai berita di stesen berkenaan.

Malah kata Amelia, Raymond seorang yang tidak kedekut ilmu selain mempunyai personaliti yang ceria dan gemar mengambil gambar ketika berada dalam studio.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai berita Nightline TV3 Raymond Goh meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Pembaca berita ‘Nightline TV3’ Raymond Goh kritikal diserang strok

"Dia seorang yang baik... Tanyalah kepada siapa pun, jawapan pasti sama. Arwah seorang yang tidak kedekut ilmu.

"Antara kenangan yang pasti akan kami rindui adalah gelagat arwa yang suka ambil gambar secara tiba-tiba di studio," ujarnya.

Raymond atau nama Islamnya Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.43 pagi Selasa selepas dua minggu menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Kali terakhir Raymond bertugas sebagai penyampai berita Nightline adalah pada 27 Ogos lalu sebelum dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 31Ogos.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 6.19.01 PM

Faridah menabur bunga ke atas pusara suami.

Dalam pada itu, Amelia memaklumkan arwah memandu sendiri ke hospital untuk melakukan pemeriksaan setelah mengalami kebas pada bahagian tangan.

Raymond kemudiannya menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan bantuan oksigen penuh akibat diserang angin ahmar.

Untuk rekod, Raymond mendirikan rumah tangga dengan Faridah pada 2003 dan memeluk Islam pada tahun sama.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain