suria

[V] Aina kongsi tentang teman lelaki, pilih fesyen cantik di konsert 18 November

Aina Abdul tidak fikir soal teman hidup tetap fokus terhadap karier buat masa ini.

PENYANYI Aina Abdul menyangkal dakwaan dia sudah mempunyai kekasih malah belum terfikir untuk menjalinkan sebarang hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, bagaimanapun tidak menolak untuk berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi cukup sekadar sebagai teman biasa.

"Tiada komen. Saya menafikan dakwaan sedang bercinta.

"Kalau nak berkawan boleh tapi bukan untuk peringkat seterusnya (bercinta)," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 5.04.28 PM

Aina teruja bakal mengadakan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Aina mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang diadakan di perkarangan Starhill, Bukit Bintang Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Aina berkata, antara sebab dia belum bersedia menjalinkan hubungan serius kerana terlalu sibuk memfokuskan kepada karier seninya yang sedang berkembang.

Kata Aina, sekiranya dia mempunyai teman lelaki, dia bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya pada percintaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul muncul di tengah Bukit Bintang, tetap tampil gaun meleret... Lautan baju merah tanda sokongan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul datang ABPBH35 naik lori berkaca, busana ‘oversize’ Behati curi tumpuan

"Saya tak nak kecewakan pasangan. Saya pun tak mahu bagi harapan.

"Lebih baik saya fokus kepada karier ketika ini dan soal nak tamatkan zaman bujang itu lambat lagi. Tak ke situ lagi," ujarnya.

Diusik sama ada ketika ini dia ada menyukai mana-mana lelaki, Aina tanpa berselindung mengakui perkara itu.

Bagaimanapun kata Aina, ia adalah perkara biasa asalkan ia tidak melebihi batasan.

Kalau nak berkawan boleh tapi bukan untuk peringkat seterusnya (bercinta).

AINA ABDUL

PENYANYI

"Semestinya ada... Kita suka benda-benda yang cantik dan kacak di mata, sukakan kecantikan.

"Lagu saya pun banyak berkaitan tentang hubungan, saya pun manusia biasa. Saya berkawan dengan semua orang," jelasnya.

Bercakap mengenai konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 November ini, Aina mensasarkan sebanyak 10,000 penonton bakal hadir pada persembahan itu nanti.

Bagi memastikan penonton yang datang puas dengan persembahannya, Aina juga akan menyanyikan sebanyak 33 buah lagu moden dan klasik.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 5.00.14 PM

Aina menghiburkan peminat di Bukit Bintang.

“Saya buat di Axiata kerana ia memberikan kenangan sewaktu saya memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) yang tidak boleh dilupakan,” ujarnya.

Tambah Aina, berkenaan busana yang sering kali menjadi kritikan, dia akan mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa meninggalkan identiti dirinya.

“Apabila saya simple, orang rindu pula yang pelik-pelik. Jadi, saya tidaklah pelik sangat. Saya ada cakap dengan penata gaya, saya nak cantik je tahun ini.

“Saya dah penat sebenarnya. Untuk penampilan di konsert, ia bersesuaian untuk menyanyi,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain