suria

Dah siap nak tidur, Intan Najuwa gigih masuk dapur tengah malam masak ayam kicap untuk suami

Intan gigih tunaikan keinginan suami di tengah malam.

KEHIDUPAN alam perkahwinan pelakon Datin Intan Najuwa terus menarik perhatian peminat dan netizen di media sosial.

Terbaharu, gelagat Intan, 26, menyediakan makanan untuk suaminya semasa lewat malam sekali lagi menjadi bualan ramai.

Dalam rakaman video itu, Intan dilihat menyediakan masakan ayam kicap buat suami tercinta iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.

Meskipun sudah bersedia untuk tidur, namun dia tetap turun ke dapur bagi memenuhi keinginan suami.

Intanna

Intan turun ke dapur waktu malam demi suami.

"Lelaki memang macam ini ek, kita dah tepek topeng tidur dekat muka tiba-tiba minta ayam masak kicap pukul 12 malam," luahnya.

Menerusi video berkenaan, Intan sekali lagi mempamerkan kelincahannya menyiapkan lauk tersebut.

Lebih menarik perhatian apabila, Intan turut menghidangkan makanan tersebut selain menyediakan air minuman buat suaminya.

Video yang tidak sampai sehari dimuat naik itu meraih hampir 65,000 tanda suka dan lebih 700 komen ditinggalkan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sup ikan jenahak buat suami sedang sakit, aksi Intan Najuwa di dapur buat ramai kagum - “Ini baru berbaloi hantaran mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Perkenalan awal diatur rakan, Intan Najuwa sebak akhirnya jumpa lelaki tepat jadi suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman hampir sama dengan Intan apabila mengakui suami mereka sentiasa lapar apabila menjelang waktu malam.

Bukan itu sahaja Intan juga berbalas komen dengan peminatnya dan bertukar resepi.

"Bebel dekat kapsyen pun masih masak ayam kicap, kalau aku tak mi segera, telur.

"Orang lelaki memang tak tengok jam kalau minta makan. Tak apa Intan kita bagi suami kita gemuk.

Intan dan suami

Netizen anggap Intan isteri yang rajin.

"Orang lain pergi mamak tapi Intan masuk dapur. Suami dia tahu dia rajin masak," antara komen netizen.

Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Asraf dengan sekali lafaz di satu majlis penuh meriah.

Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain