PELAKON Datuk Adi Putra memaklumkan ibu tercinta iaitu Noor Banoo Khan Mohd telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.15 pagi, Jumaat. Berkongsi berita duka itu menerusi Instagram, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 42, bagaimanapun tidak memaklumkan punca pemergian Allahyarham. "Dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah jam 11.15 pagi," katanya. Adi Putra kongsi kenangan ibu semasa di hospital. Dalam pada itu, Adi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hospital. "Terima kasih pada semua yang mendoakan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Adi memberitahu jenazah ibunya akan dikebumikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Hasnul Rahmat meninggal dunia di Singapura ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru Pada Selasa lalu, Adi yang berada di Makkah berkata dia menerima khabar sedih ibunya berada dalam keadaan kritikal di Singapura. Dalam hantaran berkenaan, Adi turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan prosedur jantung ibunya dipermudahkan. "Hampir dua bulan di Tanah Suci di Arab Saudi, mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya," tulisnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!