MEMILIKI seorang anak mempunyai latar belakang berpendidikan dalam bidang agama bukanlah penghalang buat penyanyi Yantzen meneruskan aktiviti dan kerjaya seni.Kata Yantzen atau Yantzen Juniwan, 65, anaknya iaitu Muhammad Allif Ronan, 24, amat memahami minatnya itu dan sudah terdedah dengan dunia seni sejak masih kecil lagi. "Dia membesar bersama saya dan sejak kecil lagi saya selalu bawa di jika ada persembahan. Dia tahu tentang kehidupan saya dan dia tahu untuk seimbangkan antara dirinya dan juga kerjaya saya.Yantzen masih aktif dalam dunia nyanyian."Anak pun tidak pernah halang untuk saya terus menyanyi. Baginya nyanyian adalah untuk saya melafazkan lirik-lirik dalam sebuah lagu. Saya buat untuk peminat," katanya kepada mStar.Menurut Yantzen anaknya yang sebelum ini menyambung pelajaran Tarim, Yaman baru sahaja pulang ke tanah air pada April lalu dan kini bekerja sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Lama tanggung sakit misteri, Yantzen semakin pulih selepas berubat cara tradisionalARTIKEL BERKAITAN: Yantzen berdepan penyakit misteri, katanya enam bulan tak tidurDalam masa sama dia turut berkongsi berita gembira bakal menyambut menantu pada Sabtu ini dan majlis pernikahan anaknya itu akan berlangsung di Kuala Lumpur."Anak saya sedang dalam persiapan untuk bernikah. Segala urusan pernikahan dilakukan oleh ibunya dan pasti saya akan hadir nanti. Allif membesar bersama saya dan sejak kecil lagi saya selalu bawa di jika ada persembahan.YANTZENPENYANYI"Semestinya saya amat teruja untuk menerima menantu. Bagaimanapun anak saya agak pemalu dan lebih suka untuk tidak terlalu bercerita kepada media."Selepas tamat pelajaran dia diberi peluang untuk mengajar dalam bidang agama. Namun dalam masa sama dia juga minta berniaga dan mahu mulakan perniagaan sendiri," ujarnya.Untuk rekod, Aliff merupakan anak hasil perkahwinan Yantzen bersama pelakon Sharifah Noor Haslinda.Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004.Bercakap tentang tahap kesihatannya, Yantzen memberitahu dia masih menerima rawatan selepas mendedahkan terkena penyakit misteri sejak tahun lalu."Saya masih menerima rawatan secara tradisional. Apabila terkena gangguan saya selalunya akan sukar bernafas dan bergerak. Badan juga terasa berbisa.Yantzen bakal menyambut menantu tidak lama lagi."Selain jalani rawatan, saya juga sentiasa mengamalkan zikir seperti yang diajar oleh ustaz. Saya banyakkan amalan zikir supaya tiada perkara negatif yang mengganggu," jelasnya.Dalam perkembangan lain, Yantzen bakal membuat persembahan dalam Konsert Semangat Zaman yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September ini.Konsert tersebut juga bakal menampilkan rakan-rakan artis rock seperti Datuk Nash, Joey, Aris Ariwatan, Jatt, Rahmad Mega, Muss dan Bandi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!