PERSELISIHAN faham antara penyanyi Nourul Wahab dan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hubungannya bersama suami. Menurut Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, sepanjang 11 tahun berkahwin dengan Eric, ini merupakan kali pertama mereka bertengkar disebabkan emosi terganggu. Meskipun Eric atau Eric Daniel Depp memilih untuk tidak mencampuri urusan Nourul dan Ayu, namun dia tetap mengambil berat tentang apa yang berlaku terhadap isterinya itu. "Sudah tentu perkara ini memberi kesan kepada rumah tangga saya. Eric tidak gembira apabila melihat isterinya dalam keadaan begini. Nourul berharap kemelut yang berlaku berakhir dengan baik. "Saya pun berkelakuan agak tegang ketika itu kerana sedang marah. Suami saya seperti Ajai juga... Dia tidak mahu masuk campur tapi dia tahu apa yang terjadi di antara saya dan Ayu. "Sudah tentu suami saya jadi tidak senang hati. Sepanjang perkahwinan kami selama 11 tahun, ini kali pertama bertengkar... setakat berselisihan faham itu biasalah," katanya kepada mStar. Disebabkan oleh kemelut yang berlaku, Nourul seperti hilang fokus terhadap keluarganya termasuk tidak dapat memberi perhatian kepada tiga orang cahaya mata lain. ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis tiba-tiba berubah sikap, Nourul Wahab mengaku wujud selisih faham... "Ya saya kecil hati" ARTIKEL BERKAITAN: Gembirakan ibu bapa mentua, Nourul sambut Krismas di Bali... "Saya tak pernah letak agama jauh dari hati" "Saya jadi kurang fokus kepada tiga orang lagi anak saya sebab terlalu fokus kepada situasi (perselisihan faham dengan Ayu) itu. "Akhirnya kami berbincang dan saya sedar hal ini tidak patut berlaku kerana kami masih mempunyai tiga orang anak yang perlu diberi perhatian. "Eric menasihati saya untuk terus bersabar dan saya bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami," ujarnya. Eric tidak gembira apabila melihat isterinya dalam keadaan begini. NOURUL DEPP PENYANYI Sebelum ini, Nourul mengakui wujud konflik dan perselisihan faham antara dan Ayu yang menyebabkan dirinya berkecil hati. Kata Nourul, dia berharap masalah dalaman keluarganya ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa urusan campur tangan mana-mana pihak. Pada Rabu lalu, Nourul berkongsi foto dirinya ketika hamil dan menceritakan situasi sebelum melahirkan anak pertama sekitar 23 tahun lalu. Ayu bersama keluarga baharunya, Nourul (tengah), Eric (kanan) dan anak-anak. Tulisan Nourul itu seperti menggambarkan bahawa penyanyi itu berkecil hati dengan anak perempuannya yang didakwa seakan-akan meminggirkan dirinya selepas mempunyai 'ibu baharu'. Untuk rekod Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Febuari 2007. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. Kemudian Ajai berkahwin dengan Liza pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric pada 6 Jun 2012. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!