KHABAR angin pelakon Diana Danielle dan bekas suaminya iaitu Farid Kamil yang dikatakan kembali bersama menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Peguam mewakili aktres berkenaan iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi mStar memberitahu pasangan tersebut berbaik demi dua orang anak mereka iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. "Arahan terkini yang saya semak dengan Diana tadi, dia cuma kata tiada apa-apa pun. Sekadar berbaik-baik macam biasa untuk anak-anak. "Dia tiada bagi arahan yang mengatakan dia nak rujuk dan dia pun kata tak rujuk lagi. Akberdin merupakan peguam yang mewakili Diana bagi proses penceraian. "Sebelum ini hubungan mereka kan tegang, tapi sekarang ini hubungan mereka sudah lembut dan lebih tenang," katanya. Pernah menghubunginya bagi mendapatkan nasihat, Akberdin berkata Diana memberitahu fokusnya kini kepada anak-anak dan kerjaya. "Dia pun ada cakap dengan saya dia ingin fokus kepada anak-anak dan kerjaya selain mahu ketenangan minda buat masa ini," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Desas-desus sudah rujuk semula, Diana Danielle serahkan kepada Farid untuk buat pengumuman ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil intai Diana Danielle dari luar studio, nampak tak kekok duduk bersebelahan Ditanya apakah tindakan selanjutnya daripada Diana dan Farid jika mereka memilih untuk rujuk semula, Akberdin berkata mereka perlu ke mahkamah bagi mengesahkan hubungan berkenaan. Ini memandangkan telah berlaku proses penceraian meskipun masih dalam tempoh edah. "Tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku sebelum tempoh edah itu tamat, kita tunggu sajalah. "Kalau mereka rujuk mereka perlu ke mahkamah untuk mendapatkan sijil rujuk, itu pun kalau dalam tempoh edah lagi. Kalau selepas edah mereka kena bernikah semula," kongsinya. Gelagat Diana dan Farid bermesra jadi perhatian ramai. Sejak Khamis tular video memperlihatkan Farid atau atau Farid Kamil Zahri, 42, merakam gelagat bekas isterinya itu yang sedang berada di dalam studio sedang ditemu bual oleh wartawan. Malah dalam satu temu bual, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, mendedahkan dia dan Farid masih lagi dalam fasa memperbaiki hubungan mereka ke arah lebih baik. Selain memaklumkan segala keputusan mengenai hubungan mereka itu akan diumumkan oleh Farid tidak lama lagi. Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!