SEMAKIN mendapat perhatian, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Watie memberitahu dia juga pernah mendapat tawaran untuk berlakon dari syarikat Zeel Productions baru-baru ini. Bagaimanapun kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, hasrat tersebut terpaksa dilupakan atas permintaan suami sendiri. "Ada tawaran berlakon bersama Talita (anak Shuib). Tetapi awal-awal lagi dah ditolak oleh suami. Mereka dah berikan skrip, tetapi saya terpaksa tolak. Watie lebih memberi fokus kepada keluarga. "Shuib kata kalau buat review atau iklan boleh, tetapi tidak untuk sebarang program televisyen," katanya kepada mStar. Tambah Watie, anak tirinya iaitu Zhaira Talita Zahra, 9, juga memasang impian untuk beraksi di hadapan kamera. Meskipun pihak produksi bersetuju mengikut jadual namun Shuib menasihati supaya tidak menerima kerana tahu akan beban masa serta tenaga di lokasi. ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak enggan tidur asing, Watie dan Shuib akhirnya dapat tidur sekatil berdua - “Tapi sebelah-belah sajalah” ARTIKEL BERKAITAN: Watie cair tengok sikap penyayang Shuib, tak sangka dah kahwin romantik orangnya "Talita memang nak sangat berlakon. Tetapi suami tak mahu biasa anak dengan dunia berlakon. "Dia tahu bagaimana sibuknya menjadi seorang pelakon dengan jadual di lokasi. Walau produksi setuju ikut jadual Talita, ayahnya tetap berkata tidak," ujarnya. Tak kisahlah jika ada yang kurang suka dengan saya. Apa yang penting suami dan anak-anak suka WATIE Sementara itu Watie juga memberitahu dia kini semakin membiasakan diri menjadi perhatian ramai selepas bernikah dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, pada 24 Jun lalu. Biarpun ada segelintir yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka, Watie percaya apa yang lebih penting baginya adalah kegembiraan suami dan anak-anak. "Tak kisahlah jika ada yang kurang suka dengan saya. Apa yang penting suami dan anak-anak suka. Saya tak boleh nak buat semua orang suka dengan saya. Watie sedar namanya menjadi perhatian selepas bergelar isteri Shuib. "Saya pun malas nak fikir masalah lain. Lebih baik fokus kepada keluarga," ujarnya. Untuk rekod Shuib juga memiliki tiga cahaya mata lain bersama Allahyaram Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!