suria

Cita-cita hasil filem terbitan sendiri tercapai... ‘Doh’ bukti Syafiq Kyle serius dalam bidang seni 

Syafiq sebagai Faiz di dalam filem Doh.

PELAKON Syafiq Klye meluahkan rasa syukur apabila penglibatannya selama 12 tahun dalam bidang lakonan membuahkan hasil apabila dia melancarkan projek pertama syarikatnya iaitu Doh.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, berkata, cita-cita itu tercapai setelah tiga tahun syarikat produksinya iaitu Indigo Films ditubuhkan.

"Sebenarnya projek itu sudah siap sejak 2021 lagi tapi disebabkan saya dan pengarah Doh iaitu Ariff Zulkarnain ada kerja lain, jadi ambil masa sedikit untuk lancarkan first baby kami.

"Insya-Allah akan ada projek lain selepas ini, cuma itulah kekangan dia... Saya sibuk berlakon dan Ariff pula pengarah," katanya kepada mStar.

IMG_4426

Syafiq teruja naskah sulungnya berjaya ditayangkan.

Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Doh yang berlangsung di ibu negara pada petang Sabtu lalu.

Berkongsi mengenai filem pertamanya, Syafiq memaklumkan dia bukan sahaja berlakon tetapi turut terlibat dalam proses pembentukan watak dan skrip.

Bagaimanapun kata Syafiq, buat masa ini dia belum bersedia untuk mengarahkan drama atau filemnya sendiri kerana masih banyak perkara perlu dipelajarinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan kongsi punca sebenar, isu tak jadi kahwin sudah diselesaikan secara baik - Syafiq Kyle

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah

"Mungkin saya belum bersedia lagi untuk jadi pengarah tapi mungkin saya kena belajar dulu tentang menguruskan sesebuah produksi.

"Insya-Allah saya akan mengarah suatu hari nanti," katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, sepanjang proses pembikinan Doh, banyak perkara dipelajarinya termasuk disiplin dalam had masa sesebuah filem yang ditetapkan.

Insya-Allah saya akan mengarah suatu hari nanti.

SYAFIQ KYLE

PELAKON/PENERBIT

Katanya, Doh terpaksa dipotong sebanyak 38 minit namun perkara itu menjadi pengajaran buatnya pada masa depan.

"Saya sebenarnya sedikit tidak berpuas hati apabila ada banyak bahagian yang dipotong, dalam 38 minit.

"Tapi benda itulah yang saya belajar dalam produksi, kita ada had masa yang ditetapkan dan kita belajar daripadanya," ujarnya.

IMG_4451

Antara barisan pelakon dan juga pengarah filem Doh.

Filem Doh mengisahkan Faiz lakonan Syafiq yang tersepit dengan tanggungjawab menerajui kedai bakeri yang diwarisi daripada bapanya namun ia menjadi rumit apabila sebuah kedai sama yang moden dan sangat popular, dibuka di kawasan sama.

Faiz berdepan tekanan mempertahankan tradisi dan keunikan bakeri keluarga sambil bersaing dengan usahawan moden yang menarik perhatian pelanggan yang semakin kurang.

Filem Doh adalah kerjasama barisan pelakon berbakat dan arahan sutradara berpengalaman, Ariff Zulkarnain dan Haris M Nor.

Selain Syafiq, Doh menampilkan pelakon seperti Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain