suria

Saling merindu punca Anju dan bekas tunang kembali bersama, kali ini tak terburu-buru mahu kahwin

Zarina dan Khazrul kembali rapat sejak bulan lalu.

PELAKON Zarina Anjoulie tidak terburu-buru untuk kembali berumah tangga dengan Datuk Seri Khazrul Elzy dalam masa terdekat selepas hubungan mereka kembali bertaut sejak bulan lalu.

Zarina atau mesra disapa Anju, 36, berkata, kisah putus tunang mereka sebelum ini juga dijadikan pengajaran agar mereka memperbaiki diri masing-masing agar kisah lama tidak berulang.

"Niat untuk serius itu memang ada, tapi jodoh di tangan Allah. Mungkin hubungan kali ini menjadi atau tidak... Saya sendiri tak tahu.

"Perkara pertama yang harus dilakukan adalah perbetulkan kesilapan diri.

www

Cinta Zarina dan Khazrul kembali bertaut.

"Saya mahu belajar sabar dan tak ulang kesalahan lama. Kukuhkan diri baru bincang soal kahwin. Mungkin sebelum ini kami terburu-buru hendak bertunang," katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata, perasaan rindu antara satu sama lain membuka hati mereka untuk memulakan semula hubungan yang terputus sebelum ini.

"Kami kembali rapat sejak bulan lalu... Dua-dua mengalah dan masing-masing juga rindu. Kalau sudah cinta bersatu jua.

ARTIKEL BERKAITAN: "Papa dan mama dah kembali!" - Zarina Anjoulie berbaik dengan bekas tunang, minta peminat sedia dengan 'drama' mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah pagar RM100,000 kini jadi beban hutang, Zarina Anjoulie kesal dituduh kaki kikis

"Tak rasa ke kami ini sama-sama gila? Sebab itu boleh bersama. Anak saya juga rapat dengan dia dan begitu sebaliknya. Saya pun malas nak cari lelaki lain," ujarnya.

Tambahnya lagi dia dan Khazrul juga berjanji akan mengekalkan hubungan baik meskipun kali impian ke jinjang pelamin tidak menjadi kenyataan.

"Kami tidak meletakkan sebarang harapan. Kami take it slow kali ini. Biarlah muhasabah diri dahulu.

rr

Zarina tidak mahu terburu-buru fikir soal kahwin.

"Kalau hubungan ini tidak menjadi sekalipun, kami tidak mahu lagi bergaduh," jelasnya.

Anju dan Khazrul sebelum ini melangsungkan pertunangan pada 26 Januari lalu namun hubungan mereka berakhir sebulan kemudian.

Khazrul pernah mendedahkan dirinya bukan lelaki terbaik buat Anju dan mereka juga saling berbalas kenyataan di media sosial tentang masalah yang berlaku sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain