suria

Cincin di jari manis hanya aksesori biasa, Nabila Razali akan kongsi jika ada berita gembira

Nabila akan kongsi tentang hal peribadi jika ada khabar gembira.

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut berhubung status dirinya yang dikatakan sudah menjadi tunangan orang.

Nabila atau Nur Nabila Razali, 31, berkata, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan. Harap semua dapat menghormati privasi saya.

dfd

Nabila menjelaskan cincin di jari manisnya hanya aksesori biasa.

“Jika ada berita baik nanti, saya akan kongsikan. Pastinya media dan peminat akan tahu berita gembira daripada saya,” katanya kepada mStar.

Nabila ditemui ketika tampil membuat persembahan sempena Karnival Mega Suria yang berlangsung di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam Sabtu.

Tambah Nabila meskipun sebelum ini dia mengambil langkah berdiam dan menerima banyak pertanyaan, namun perkara tersebut tidak menjejaskan perjalanan kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita bertunang masih jadi tanda tanya, Nabila Razali ‘putus’ dengan pengurus

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali pilih kunci mulut isu bertunang, kongsi dengan peminat bila sudah sedia

“Saya bukanlah orang baru dalam industri. Perkara macam ini dah biasa berlaku. Saya faham apabila ada yang bertanya itu adalah tanda mereka prihatin. Terima kasih kepada semua.

“Gosip tentang bertunang tidak menjejaskan saya. Seperti yang semua tahu perjalanan kerjaya saya masih diteruskan seperti biasa,” ujarnya.

Kisah pertunangan Nabila dan usahawan bernama Nik Iruwan Nik Izani heboh diperkatakan sejak hujung Ogos lalu.

Bagaimanapun penyanyi itu tidak membuat sebarang kenyataan meskipun diasak dengan soalan sama sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.

2281070

Status sebenar Nabila dan Nik Iruwan masih jadi tanda tanya.

Sementara itu, ditanya tentang cincin di jari manis Nabila yang mungkin merupakan tanda sudah bertunang, Nabila memberitahu ia hanya aksesori biasa.

“Saya memang suka pakai aksesori. Tak perlu ia menjadi tanda tanya tentang status tunang,” jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain Nabila bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Cerita Kita yang merupakan kolaborasi bersama Imsomniacks.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain