suria

Cincin di jari manis timbul tanda tanya peminat, Iman Troye belum bertunang - “Calon pun tak ada lagi”

Iman mengakui dirinya masih belum berpunya.

TINDAKAN penyanyi Iman Troye menyarungkan cincin pada jari manisnya membuatkan ramai peminat membuat spekulasi bintang pujaan mereka itu sudah mengikat tali pertunangan.

Menjelaskan kekeliruan itu, Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, menafikan dakwaan itu malah memberitahu hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.

"Korang (peminat) belum lagi (bertunang)... saya masih single.

"Tak ada orang berminat nak masuk meminang setakat ini. Calon pun belum ada lagi ni," katanya.

iman1 - 1

Cincin di jari manis Iman menimbulkan tanda tanya.

Iman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Penyanyi lagu Nang itu menjawab persoalan peminat menerusi sesi soal jawab terbuka bersama pengikut di media sosial.

Dalam pada itu, Iman turut memberitahu sekiranya dia sudah bertunang, dirinya akan memaklumkan berita gembira itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Orangnya kecil tapi kereta besar... Iman Troye menjerit #Bizibody nak spotcheck SUV pink miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Iman troye rakam semula lagu 'Kesetiaan', menangis kerana Siti Sarah... Rindu suara dan gelak tawa arwah

Iman juga memohon peminat untuk mendoakan agar dia dipertemukan dengan calon yang sesuai.

"Kalau saya bertunang, saya akan muat naik di media sosial menandakan seseorang telah melamar saya.

"Saya akan beritahu korang okay... jangan risau. Korang orang pertama yang saya akan beritahu. Doakan tau korang," ujarnya.

iman2 - 1

Iman berdoa dipertemukan dengan calon suami yang baik.

Pada September 2021, Iman pernah mencetuskan tanda tanya peminat apabila memuat naik foto duduk di atas pelamin sambil memegang bungan tangan.

Malah, tindakannya meletakkan pautan akaun Instagram Naim Daniel dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ seolah-olah memberi gambaran dia mengikat tali pertunangan dengan penyanyi itu.

Bagaimanapun, Iman menjelaskan ia hanya sekadar gurauan semata-mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain