suria

Aksi Reen Rahim kejar ibu mentua ketika hiking buat peminat geli hati, rezeki keluarga suami penyayang

Reen bersyukur dikurniakan keluaga mentua yang baik.

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Reen Rahim meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang ibu mentua yang baik biarpun dia memiliki banyak kekurangan.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, berkata, keluarga suami bukan sahaja menerima baik kehadirannya sebagai seorang pelakon tetapi menyantuni dia kerana dirinya yang sebenar.

"Aku jahat... Mungkin ada secebis kebaikan yang Allah terima dan bagi rezeki dapat mentua dan keluarga suami yang boleh terima aku seadanya.

reen3 - 1

Reen melakukan aktiviti hiking bersama keluarga mentua.

"Bukan sebab aku adalah Reen Rahim tetapi memang nampak mereka menerima Noreen (nama sebenar) bukan Reen Rahim, Alhamdulillah," katanya.

Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu wanita berlagak jika berduit... Reen Rahim minta suami muhasabah diri, cari punca isteri 'pijak kepala'

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim menangis, tak boleh tidur kerana lapar... "Adakah semua perempuan macam ni?"

Menerusi perkongsian video berkenaan, Reen berkongsi momen dia dan keluarga suaminya termasuk ibu mentua melakukan aktiviti pendakian bukit di Rawang.

Pelakon filem Sue-On itu turut merakamkan detik lucu memaparkan keadaannya yang keletihan sewaktu mendaki bukit tersebut.

Malah Reen turut memuji daya ketahanan fizikal ibu mentuanya yang disifatkan sangat aktif melakukan aktiviti lasak biarpun sudah berusia.

reen2 - 1

Reen dan Hazim hampir setahun bernikah.

"Tengok mak dekat depan kita dekat belakang... Kawan-kawan ajak hiking? Tak.

"Mak mentua kita yang ajak pergi hiking," ujarnya.

Untuk rekod, Reen mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, pada 24 Disember tahun lalu di Bora Ombak Marina, Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain