suria

Menjelang hari pernikahan, Noh Salleh perkenal tunang depan 500 peminat

Noh sudah tidak sabar menunggu hari pernikahan bersama gadis pilihan.

KEMUNCULAN penyanyi Noh Salleh ketika mengadakan persembahan di Motos Malim pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila buat pertama kalinya dia memperkenalkan bakal isterinya iaitu Fatin Athira Mustapa dihadapan 500 penonton.

Noh, 38, yang sedang berdiri di atas pentas sebelum membuat persembahan sempat mengumumkan dia dan Fatin bakal disatukan sebagai suami isteri pada minggu ini.

Sambil menunjukkan Fatin yang berada di tempat penonton, Noh turut berharap agar penonton yang hadir mendoakan perkahwinannya dan bakal isteri bahagia sehingga ke akhir hayat.

Noh turut menyanyikan lagu berjudul Biar Seribu buat penonton yang disifatkan sebagai doa buat pasangan mahu berkahwin.

nohh

Noh bakal tamatkan zaman duda Sabtu ini.

"Itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ini (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.

"Jadi harap 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini," katanya.

Tidak hanya itu, Noh turut meluahkan rasa teruja ingin melihat tunangnya itu mengenakan busana istimewa di hari pernikahan mereka nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilang hari bahagia... Noh Salleh tayang baju pengantin, bakal disatukan dengan Fatin Athira 23 September ini

ARTIKEL BERKAITAN: Kad kahwin mula tersebar, Noh Salleh dan Fatin Athira nikah 23 September

Apa mencuri perhatian, Noh dilihat tersipu malu ketika berkongsi keterujaan bakal menamatkan zaman duda.

"Tak sabar pula nak tengok awak pakai baju...," katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, Noh atau Mohammad Noh Salleh memuat naik persalinan pakaian pengantin dipercayai busana untuk majlis pernikahan mereka yang dilaporkan bakal berlangsung pada 23 September ini.

nohhh

Noh sempat memuat naik foto baju pernikahan mereka di Instagram.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen, Noh tanpa berselindung berkongsi gambar pakaian pengantin berwarna putih tertera nama Athira Mustapa.

Untuk rekod, Noh melangsungkan pertunangan dengan Fatin yang juga merupakan seorang peguam pada 7 Mei lalu.

Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa.

Mereka mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain