suria

Adira tak menyesal ikat peranakan, mahu anak-anak membesar bersama - “Cukup setakat ini”

Adira bahagia disamping empat orang anaknya yang sedang membesar.

PENYANYI Adira Suhaimi tidak pernah berasa menyesal selepas membuat keputusan melakukan proses Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau mengikat organ peranakan tahun lalu.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada empat orang anaknya yang sedang membesar dan memerlukan perhatian penuh daripadanya.

"Saya memang rancang untuk mengandung sebelum umur 30 tahun. Syukur Alhamdulillah saya sudah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan... Cukup setakat ini dan saya 'ikat'.

"Saya tak mahu bila anak-anak dah besar nak ada adik baru lagi, biarlah mereka membesar bersama.

Adira tidak rancang untuk hamil selepas usia 30 tahun.

Adira mahu fokus kepada tumbesaran anak-anak.

"Macam saya sendiri ada lapan adik-beradik dan umur masing-masing tak jauh beza," katanya kepada mStar.

Adira ditemui ketika majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Pejam yang merupakan duet bersama penyanyi Khai Bahar pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Adira berkata, keputusan 'tutup kilang' adalah atas nasihat doktor dan persetujuan bersama suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi ‘tutup kilang’, ambil keputusan ikat peranakan... Bimbang risiko jika hamil lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi keempat secara pembedahan

Selain itu, faktor usia juga membuatkan penyanyi ini memilih untuk tidak lagi hamil.

"Kali terakhir saya hamil ketika usia 30 tahun... Tenaga ketika itu memang tak sama seperti mana usia 20-an. Memang rasa berbeza dan penat.

"Tapi itu mungkin berlaku pada saya tetapi tidak orang lain.

Syukur sekarang telah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan. Cukup setakat ini dan saya dah ikat

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

"Saya pula bersalin secara pembedahan sebelum ini, jadi agak berisiko kalau hamil lagi," jelasnya.

Bercerita tentang kehidupan harian menguruskan rumah tangga, Adira memberitahu dia tak pernah lepas tangan walaupun suami menyediakan pembantu rumah.

Malah kata Adira dia juga semakin aktif berkongsi video di media sosial sebagai cara untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan tempatan.

"Kehidupan saya di rumah seperti biasa sahaja. Walaupun ada pembantu tetapi menjadi ibu tetap nombor satu... Tidak semua perkara saya serahkan kepada pembantu.

Adira Khai 1

Adira tampil dengan lagu duet bersama Khai Bahar.

"Saya juga aktif di media sosial kerana merasakan rugi jika tidak memanfaatkan ia sebaik mungkin. Sekarang zaman viral, tak masuk TV pun, di rumah tetap boleh buat video," ujarnya.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoun yang kini berusia satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain