PROGRAM Sepahtu Reunion yang berlangsung pada malam Jumaat bertukar kecoh apabila pengarah Datuk Yusof Haslam membuat kejutan dengan tampil sebagai cameo dalam program berkenaan. Apa yang membuatkan peminat bersorak, bekas menantunya iaitu Puteri Sarah turut diundang sebagai artis jemputan dalam program sehingga pelakon itu sendiri terkejut dengan kemunculan Yusof di atas pentas. Lebih menghiburkan apabila Yusof, 69, secara berseloroh memberitahu kepada Jep dan Rahim bahawa Puteri Sarah kini berstatus janda. Yusof berkata, sejak Puteri Sarah bercerai dengan anaknya iaitu Syamsul Yusof, ramai individu mencuba nasib menawan hatinya. Puteri Sarah dan bekas mentua masih mempunyai hubungan yang baik walaupun telah bercerai bersama Syamsul. "Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap. Dia menantu aku. "Aku sedar sejak menantu aku menjanda, ramai nak try," katanya. Potongan babak daripada persembahan komedi itu juga banyak dimuat naik di laman sosial dan mendapat reaksi positif penonton yang memberitahu terhibur dengan aksi Yusof yang sudah lama tidak berlakon. ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan saya nak kejar orang punya”... Puteri Sarah jawab spekulasi foto tangan lelaki, selesa berkawan aktor Indonesia ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul bagi ‘green light’, Puteri Sarah nekad teruskan saman bekas kakak ipar Ira Kazar Selain itu, Yusof sekali lagi berseloroh dengan mengangkat tongkatnya kepada Rahim dan Jep seperti ingin memukul mereka. "Kau nampak ni (tongkat), haa aku belangkong (pukul) karang. "Kau tak layak jadi menantu aku. Jangan cuba. Dia baru lagi, tidak manis. Awak (Jep) ada bini kan? Sedar diri," ujarnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengagumi tindakan Yusof yang mempertahankan bekas menantunya itu semasa siaran langsung tersebut. Puteri Sarah semakin mendapat perhatian sejak bercerai. Ada juga yang meninggalkan komen sedih setelah melihat Puteri Sarah dan Yusof bersalaman dan berpelukan. "Nangis pula saya tengok Sarah salam pak mentua. Pak mentua pun peluk," kata peminat. Untuk rekod, Sarah dan Syamsul Yusof telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. Bagaimanapun, pada 14 Jun 2023, kedua-dua mereka telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!