suria

Noh Salleh tamat zaman duda, sah bergelar suami Fatin Athira 

Noh selamat bergelar suami kepada Fatin pada pagi Sabtu.

PENYANYI Noh Salleh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa pada pagi Sabtu.

Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama isteri duduk di atas pelamin selepas upacara pernikahan selesai.

Kedua-dua pasangan mempelai tampil dengan persalinan berona putih rekaan pereka fesyen, Fidae.

Pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan di Tanjung Malim, Perak.

553

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.

Sementara itu, Noh dilihat turut berkongsi semula beberapa ucapan tahniah buatnya yang kini kembali bergelar suami di Instastory.

Kisah Noh dan Fatin, 30, yang juga seorang peguam mula menjadi perhatian selepas foto mereka melangsngkan pertunangan pada 7 Mei lalu tersebar di media sosial.

Tidak mengiya atau menafikan perkara itu, Noh bagaimanapun mula memperkenalkan Fatin sebagai tunangnya ketika tampil membuat persembahan di sebuah acara pada 17 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang hari pernikahan, Noh Salleh perkenal tunang depan 500 peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Bilang hari bahagia... Noh Salleh tayang baju pengantin, bakal disatukan dengan Fatin Athira 23 September ini

Dia juga pernah berkongsi gambar persalinan baju pengantin sebagai tanda menjelang hari bahagia mereka.

Untuk rekod, Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain