suria

Orang kenamaan ajak kahwin, Linda Nanuwil tak rela hidup bermadu

Linda tidak mahu melayan suami orang.

PENYANYI Linda Nanuwil tetap dengan pendirian untuk tidak memilih lelaki berstatus suami orang sebagai teman hidup meskipun pernah didekati golongan itu termasuk orang kenamaan.

Linda atau Norlinda Nanuwil, 39, bekata, dia tidak pernah terfikir menjalinkan hubungan cinta dengan golongan itu kerana memahami perasaan wanita yang tidak sanggup hidup bermadu.

"Ada lelaki berstatus suami orang ajak saya kahwin tapi maaf saya tak berminat sebab saya cuba letakkan diri dalam situasi itu dan saya tak rela dimadukan.

"Saya memang tak suka berkongsi dan hanya mahu lelaki itu mencintai saya seorang sahaja," katanya kepada mStar.

linda3 - 1

Linda berpegang pada prinsip wanita.

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media teater muzikal Lantai T. Pinki yang diadakan di Menara Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Linda memberitahu dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada berhubung dengan lelaki sudah berkahwin kerana tidak mahu menjerat diri dalam sebarang masalah.

Kata Linda, sekiranya dia mengesan seorang lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai niat lain terhadapnya, dia akan cuba menjauhkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Nanuwil tak rasa ‘annoying’ asyik disamakan dengan Fazura - "Rasa perasan sekejap... saya tumpang populariti dia"

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak faham... Dari dulu orang kata saya dah kahwin!" - Linda Nanuwil

"Apabila saya tengok lelaki itu macam lain seperti ajak keluar bersama, saya terus menolak dan jauhkan diri.

"Kalau ada masih berdegil saya cuba beri alasan seperti sibuk bekerja," jelasnya.

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh ini bagaimanapun mengakui hatinya sudah dimiliki namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ada lelaki berstatus suami orang ajak saya kahwin tapi maaf saya tak berminat.

LINDA NANUWIL

PENYANYI/PELAKON

Dalam perkembangan lain, buat pertama kali Linda bakal beraksi di pentas teater menerusi Muzikal Lantai T.Pinkie iaitu sebuah karya daripada Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said.

Kata Linda sebelum ini dia pernah ditawarkan berlakon teater namun masih belum bersedia untuk beraksi di pentas kerana tidak mempunyai keyakinan diri.

"Sebelum ini saya berlakon drama pun saya rasa masih 'kayu' lagi. Bidang teater dan nyanyian sangat berbeza... saya masih kurang yakin lagi.

linda1 - 1

Linda teruja bakal beraksi di pentas teater Lantai T. Pinkie.

"Tapi selepas melihat watak yang perlu dibawa sebagai penyanyi juga, saya terbuka hati untuk menjayakan teater muzikal ini," jelasnya.

Selain Linda, Muzikal Lantai T. Pinkie dibintangi beberapa pelakon termasuk Zera Hariz, Faysal Saad, Nabila Huda, Datuk Tarmimi Siregar dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Muzikal Lantai T. Pinkie bakal dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur bermula 6 Oktober sehingga 8 Oktober ini.

Tiket boleh didapati dengan harga RM35, RM56 dan RM159 di laman web ilassotickets.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain