PELAKON Zarina Zainuddin mendedahkan anak lelakinya iaitu Muhammad Raizal Azrai, 27, atau Azal sedang berkawan rapat dengan seorang wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah. Zarina, 53, berkata, mereka bertemu sejak awal tahun lalu apabila sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura namun hanya mula rapat sejak bulan lalu. "Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkenalan. Hubungan mereka masih baru lagi. Azal aktif membantu ibunya berniaga. "Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Zarina sebelum itu berkongsi gambar Azal dan Rahmah, 26, berserta kapsyen mendoakan semoga pasangan itu bertemu jodoh. Tambah aktres ini dia juga tidak mahu meletakkan harapan tinggi hubungan anaknya itu akan berakhir ke alam perkahwinan dan sebagai ibu hanya mampu berdoa yang terbaik buat Azal. ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sabar layan anak autisme, kali ini Azal lari rumah jiran stres Azil kerap mengamuk ARTIKEL BERKAITAN: Derita sakit tumit dan lutut, Zarina Zainuddin selamat jalani pembedahan bariatrik "Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tidak meletakkan harapan tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik... Azal juga ada perasaan. "Saya mahu seorang yang boleh menjaga dia nanti... Apabila tengok Rahmah saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri," katanya. Bercerita lanjut Zarina memberitahu pada awalnya Azal sukar untuk menerima Rahmah kerana wanita itu bertudung. Azal rapat dengan Zarina dan sering bersama ibunya. Dalam masa sama, Rahmah juga menerima baik keadaan Azal yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) autisme. "Dia (Rahmah) tahu kondisi Azal dan boleh menerima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin. "Pada awalnya memang Azal tak suka Rahmah sebab dia bertudung. Namun saya terangkan kepada Azal carilah wanita yang pandai menjaga agama dan kemudian dia faham," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!