SETELAH hampir setahun menyepikan diri dari bidang muzik, Sid Murshid kini kembali aktif dengan mempertaruhkan single dan video muzik terbaharunya bertajuk i x Kesah. Sid atau Murshid Mahmud, 30, sebelum ini yang lebih dikenali sebagai pencipta kandungan berkaitan masakan memberitahu lagu berkenaan sebagai hadiah buat peminatnya. "Walaupun saya semakin dikenali kerana masakan akan tetapi muzik dan nyanyian masih merupakan keutamaan saya. Sid Murshid ketika pelancaran single terbarunya. "Saya berharap dengan lagu i x Kesah ini dapat kembali menjenamakan Sid Murshid sebagai seorang penyanyi kepada orang ramai,” katanya. Tambah Sid, melalui lagu bergenre pop itu, dia ingin menyampaikan sebuah mesej tentang betapa pentingnya setiap individu itu perlu menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain. Dia yang juga merupakan penulis lagu Hiasi Duniaku yang dinyanyikan Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berharap lagu tersebut menjadi inspirasi kepada orang ramai yang kadang-kadang lupa untuk menghargai diri sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ‘Pisang Goreng Power’, kali ini Sid Murshid bagi ‘Lelah’ pula! ARTIKEL BERKAITAN: Ramai peminat dari Sepanyol, inspirasi Dolla tampil single ‘Damelo’ "Saya juga berharap ia akan mendapat sokongan dan tempat di hati para peminat seperti lagu-lagu sebelumnya iaitu Lelah, Biarkan, Rakaman, dan banyak lagi. Lagu i x Kesah merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sid Murshid manakala lirik lagunya pula adalah hasil nukilan Izi Faizal dan penyanyi ini sendiri. Berkisarkan perasaan serik menunggu cinta untuk dibalas, single itu menggambarkan suara hati seseorang yang akhirnya memilih untuk tidak mengambil peduli dan membazirkan tenaga dengan berhenti mengejar sebuah kisah percintaan yang belum tentunya akan berlaku. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!