suria

Penganjur akhirnya tampil bersuara, masalah kewangan punca konsert 4G’s dibatalkan

Konsert 4G's dibatalkan.

PENGANJUR konsert 4G's akhirnya mengesahkan acara berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada April 2020 tidak akan diteruskan.

Belbis Sdn Bhd dalam satu kenyataan media memaklumkan konsert yang menampilkan penyanyi Tomok, Hazama, Akim Ahmad, Black Hanafiah itu dibatalkan berikutan beberapa masalah tidak dapat dielakkan.

"Memahami keresahan serta persoalan berkenaan Konsert 4G's yang tertangguh sejak sekian lama, pihak Belbis Sdn Bhd selaku penganjur konsert memohon jutaan maaf kepada semua peminat.

"Kami juga bertanggungjawab mengumumkan Konsert 4G's tidak dapat diteruskan dan dibatalkan berikutan beberapa masalah tidak dapat dielakkan," kata kenyataan itu.

553

Hazama, Black, Tomok dan Akim buat laporan polis membela diri sebelum ini.

Kenyataan media itu turut disiarkan oleh empat penyanyi tersebut di Instagram mereka.

Dalam pada itu, penganjur memberitahu antara masalah dihadapi termasuk mengalami kerugian kewangan yang teruk dan masih belum berjaya dipulihkan sehingga kini.

Ia disebabkan penarikkan kebenaran oleh pihak berkuasa pada setiap kali tarikh cadangan baharu diberikan selepas tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas kenyataan itu lagi, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memulihkan keadaan kewangan syarikat namun belum berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat mula bising konsert 4G's tangguh sejak 2020, Tomok bersama 3 rakan penyanyi buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok hampir ‘meraung’... Dewan konsert bergema suara peminat, imbau nostalgia kemuncak populariti New Boyz

Selain itu, menurut Belbis Sdn Bhd, kegagalan pihak ejen tiket iaitu Redtix menyalurkan wang pembelian tiket menambah lagi masalah sedia ada.

"Sehingga tarikh pengumuman ini dibuat, pihak Redtix masih belum membuat sebarang pembayaran hasil dari jualan tiket tersebut kepada Belbis serta difahamkan Redtix juga tidak atau belum membuat sebarang pemulangan wang kepada pembeli.

"Sebagai makluman, penganjur hanya akan menerima bayaran pembelian tiket setelah konsert selesai.

"Penganjur juga tidak mempunyai apa-apa butiran pembeli yang membeli tiket kerana undang-undang perlindungan data, maklumat tersebut hanya boleh disimpan oleh pihak yang mendapat kebenaran pihak berkuasa seperti ejen tiket, dalam kes ini Redtix," katanya.

Pihak Redtix masih belum membuat sebarang pembayaran hasil dari jualan tiket tersebut kepada Belbis selaku penganjur.

BELBIS SDN BHD

PENGANJUR

Namun demikian penganjur masih tetap berusaha agar pihak Redtix dapat mengembalikan segera duit pembelian tiket tersebut kepada semua pembeli.

Belbis Sdn Bhd turut memohon setiap peminat yang telah membeli tiket agar kekal menyimpan rekod pembelian tiket untuk urusan di masa akan datang.

Dalam masa sama, Belbis juga menyatakan terdapat beberapa perkara lain membabitkan pihak-pihak yang terlibat secara lansung dengan penganjuran konsert itu sehingga menyebabkan ia tidak dapat di lakukan pada masa terdekat.

"Sehubungan dengan itu kami sekali lagi mohon maaf kepada semua peminat atas kesulitan dan kesukaran yang telah berlaku dan memikul tanggungjawab penuh atas kegagalan meneruskan konsert ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain