PELAKON Datin Anne Ngasri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA baru-baru ini. Anne atau Naszriah Ngasri, 39, memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu. Menerusi hantaran sama, Anne turut berkongsi sedang memberi skrol kepada graduan di Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA ke-36 Zon Pantai Timur 2023. Anne mula aktif dalam politik sejak 2013. "Alhamdulillah, menjadi sebahagian keluarga besar GiatMARA Malaysia. "Kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Konvensyen Graduasi Ke-36 GiatMARA Zon Pantai Timur 2023," katanya. Exco Wanita UMNO itu juga berterima kasih kepada semua pihak yang sering mendoakan kebaikan terhadap dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Jaga hubungan baik dengan media, rupanya ini rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik ARTIKEL BERKAITAN: Anne Ngasri tak sangka terima pingat kebesaran, diundang majlis istiadat semasa di Makkah "Saya juga doakan semua dilindungi dan diberi yang terbaik sepanjang perjalanan yang mendatang," ujarnya. Untuk rekod, Anne mula bergiat dalam politik sejak 2013 dan pernah menjadi Exco Puteri UMNO sebelum menyandang jawatan Exco Wanita UMNO bagi penggal 2023 sehingga 2026. Anne juga merupakan isteri kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!