KISAH peribadi dan status perkahwinan penyanyi Ruhil Amani dan suami iaitu Jamil Wilson menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ada mendakwa pasangan itu sudah bercerai. Ruhil atau Ruhil Amani Hussin, 48, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun belum bersedia bercakap tentang soal berkenaan atas alasan peribadi. "Saya faham orang ingin ambil tahu tetapi kalau boleh saya tak mahu bercakap tentangnya... Kalau sudah bersedia nanti saya akan beri kenyataan. Ruhil bersama dua orang anaknya. "Ada sebab saya tak mahu berbicara soal peribadi," katanya ketika dihubungi mStar. Ruhil berkahwin dengan Jamil yang merupakan seorang pemuzik pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wildon, 12 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Ruhil Amani Lahir Anak Kedua ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ruhil Amani, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Selepas melahirkan Ariana, penyanyi yang popular menerusi lagu Kawan ini memilih fokus kepada keluarga dan memperlahkan karier seni. Ruhil berkata, dia memilih memberi fokus kepada keluarga kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua anaknya membesar. "Saya sudah mula menyanyi sejak usia 13 tahun dan zaman remaja saya tidak sama seperti orang lain... Apabila sudah dikurniakan anak, keutamaan saya berubah. Ada sebab saya tidak mahu berbicara soal peribadi. RUHIL AMANI PENYANYI "Kalau saya terlepas melihat anak-anak membesar saya akan menyesal. Mendidik anak-anak biarlah sejak mereka kecil dan sebab itu saya perlahankan karier seni," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai kemunculan semula dalam industri seni, Ruhil memberitahu masih menanti masa sesuai untuk melancarkan lagu baharu yang sudah siap dirakam. Ruhil berkata, dia juga sedar penerimaan peminat kini mungkin tidak sama seperti mana kemuncak popularitinya pada era 1990-an namun berjanji akan memberi yang terbaik. Lagu Kawan masih lagi menjadi permintaan peminat sehingga kini. "Saya aktif semula sekitar tahun 2018, tetapi selepas Covid-19 melanda perjalanan kerjaya agak perlahan dan show juga tidak banyak. "Ada banyak lagu yang sudah siap dan hanya tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Buat masa sekarang biarlah saya simpan dahulu. "Orang terima saya atau tidak itu terpulang kepada mereka. Saya hanya berikan terbaik seperti sebelum ini... Paling penting saya ikhlas untuk menyanyi dan tidak buat separuh jalan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!