suria

Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula, siap ambil kelas lakonan jurulatih Natalie Portman

Sarimah bersedia kembali bidang seni selepas lama berehat.

PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim sudah bersedia kembali aktif dalam bidang seni malah ketika ini sedang giat mengambil kelas lakonan dengan bimbingan jurulatih dari luar negara.

Sarimah, 45, berkata, dia mendapatkan khidmat jurulatih lakonan Gerry Grennell yang berpangkalan di Ireland dan pernah melatih pelakon terkenal Hollywood iaitu Natalie Portman dan mendiang Heath Ledger.

"Sekarang ini saya sedang lakukan latihan bersama jurulatih yang pernah melatih pelakon Natalie Portman dan Heath Ledger iaitu Gerry Grennell.

Sarimahhh

Sarimah bersama Gerry Grennell semasa kelas lakonan atas talian.

"Latihan secara atas talian sebanyak dua kali seminggu untuk tingkatkan kemahiran lakonan. Saya ambil inisiatif ini untuk mendalami ilmu dan kaedah lakonan yang betul," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sarimah berkata, latihan dibuat itu berjalan dengan baik malah dia semakin mengenali kemahiran dimiliki yang ada diantaranya tidak diketahui sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diraba dan diminta pakai baju seksi, Sarimah Ibrahim kongsi pengalaman terkena gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden cederakan rakan sejenis enggan seks oral, Sarimah Ibrahim bimbang tahap pemikiran dan gaya hidup remaja masa kini

"Apabila belajar dengan Gerry saya mula risau sebab tidak tahu sama ada saya ini okay atau tidak... Tapi bila dia bagi maklum balas baru saya tahu di mana kemampuan saya.

"Untuk masa ini, dia kata okay dan teruskan dengan apa yang saya minat... Lega apabila Gerry memberi maklum balas seperti itu," ujarnya.

Saya ambil inisiatif ini untuk mendalami ilmu dan kaedah lakonan yang betul.

CHE PUAN SARIMAH

PELAKON/PENGACARA

Sementara itu, Sarimah berharap selepas ini dia akan lebih kerap mendapat peluang muncul dalam program televisyen atau filem selain menyimpan hasrat mencipta nama di luar negara.

Dedah Sarimah dia lebih berminat untuk berlakon dalam drama atau filem aksi malah sudah menghadiri uji bakat bagi sebuah projek luar negara baru-baru ini.

Snapinsta.app_279644275_715754779603437_5244431961208672978_n_1080 (1)

Sarimah mendapat restu daripada suami untuk kembali aktif sebagai pelakon.

"Saya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri seperti karate, insya-Allah kalau ada tawaran sesuai saya akan lakukannya.

"Baru-baru ini pun ada pengarah minta saya hantar video untuk sebuah filem aksi, sampai bengkak-bengkak badan sebab buat latihan.

"Fokus saya sekarang filem aksi atau pun dramatik... Kalau genre romantik risau kalau suami cemburu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain