suria

Info program All Star Gegar Vaganza senarai nama Nabil dan Elly sebagai hos, peminat mahu Jihan Muse kembali

Jihan diramal tidak menjadi hos GV10.

DEMAM program All Star Gegar Vaganza (GV) apabila pertandingan itu bakal menyaksikan sepuluh bekas juara bakal berentap merebut gelaran juara bermula 24 September ini.

Tidak hanya debaran menyaksikan semua bekas juara membuat persembahan, penonton juga tidak sabar untuk mengetahui siapakah pengacara bakal mengendalikan program popular itu.

Sejak Sabtu timbul desas-desus pengacara GV iaitu Jihan Muse tidak akan kembali untuk musim kesepuluh ini susulan info program Astro menunjukkan dua nama pengacara akan tampil sebagai pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

"Dekat panduan Astro ini, hos Gegar Vaganza (GV) 10 adalah Nabil Ahmad dan Kak Lina Kepom... Jihan Muse tiada," kata seorang pengguna TikTok yang memuat naik video menunjukkan diskripsi program tersebut yang tertera di televisyen.

jihan dan nabil

Jihan dan Nabil kendalikan GV bersama selama lapan musim.

Diskripsi itu menyebut, 'Saksikan bekas-bekas juara Gegar Vaganza berentap semula merebut gelaran juara All Stars Ggear Vaganza. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein'.

Meninjau di ruangan komen, ada yang bersetuju dan terdapat juga peminat tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata peminat mahu Jihan kembali menjadi hos setelah berehat selama satu musim sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 bekas juara berentap semula, gelanggang All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai sokongan penonton, Astro anjur ‘GV Roadshow 2023’ jelajah empat negeri... Peluang peminat bertemu bintang Gegar Vaganza

"Selalu dengan Jihan, tiba-tiba tukar pula. Kami mahu Jihan semula," kata peminat.

Selain itu, ada juga menyatakan bahawa Jihan adalah yang paling bersesuaian untuk mengendalikan program tersebut.

"Jihan paling sesuai sebab GV sudah sebati dengan Jihan dan Nabil sejak mula lagi. Bila tukar bukan kata tidak best, tapi kurang sikit," katanya.

Screenshot-2022-10-11-at-1.05.32-PM-620x379

Kemunculan Elly pada musim lalu menggamatkan GV.

Pada sidang media pengumuman peserta program itu sebelum ini, pihak produksi memaklumkan pengacara hanya akan diumumkan pada minggu pertama konsert.

Untuk rekod, Jihan dan Nabil merupakan pengacara bagi Gegar Vaganza bermula musim pertama sehingga musim kelapan.

Bagaimanapun, pada musim kesembilan, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina menggantikan Jihan memandangkan dia ketika itu baru sahaja melahirkan anak keduanya pada awal September 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain