suria

Kesihatan Zamani meningkat 80 peratus, ada sebab elak bercakap dengan orang sebelum naik pentas

Zamani sudah 80 peratus sihat.

JIKA sebelum ini masalah kesihatan Zamani kurang baik akibat masalah tulang belakang namun penyanyi itu sudah bersedia memberikan komitmen berentap dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza.

Zamani atau Zamani Ibrahim, 53, berkata, keadaan kesihatannya kini sudah meningkat sebanyak 80 peratus dan akan cuba memberi persembahan terbaik dalam pertandingan yang sudah membuka tirai sejak Ahad lalu.

"Sebelum ini saya berdepan masalah kesihatan, nak berdiri tegak pun tak boleh.

"Tapi sekarang kesihatan saya sudah lebih baik sebanyak 80 peratus, saya sudah bersedia," katanya kepada mStar.

Zamani 1

Zamani ketika persembahannya di All Star Gegar Vaganza.

Zamani berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad lalu.

Bekas anggota kumpulan Slam itu antara enam peserta Hot Seat yang terpilih berentap bersama 10 bekas juara Gegar Vaganza.

Selain Zamani, turut terpilih adalah Ezad Lazim, Tomok, Liza Hanim, Suki Low dan Nikki Palikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti jalani fisioterapi, bahagian belakang Zamani kembali sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah boleh berdiri tanpa bantuan, kesihatan Zamani kembali normal 3 bulan selepas pembedahan tulang belakang

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu memberitahu bagi memastikan dapat memberikan tumpuan kepada GV, dia terpaksa menolak daripada menerima sebarang undangan persembahan buat masa ini.

Bukan sahaja mahu memberi fokus tetapi sebagai langkah berjaga-jaga agar kesihatannya tidak kembali merosot akibat tekanan.

"Komitmen dan disiplin itu sangat penting dan stamina kena jaga... Sebab itu saya kurangkan persembahan dan ada yang saya terpaksa tolak untuk tiga, empat minggu pertama," ujarnya.

Berkongsi formula untuk memberikan persembahan yang terbaik, Zamani berkata dia hanya fokus kepada diri sendiri dan kurangkan bercakap dengan orang lain sebelum persembahan.

Sebelum ini nak berdiri tegak pun tak boleh.

ZAMANI

PENYANYI

"Saya ini kuat gugup, jadi sebelum persembahan saya kurangkan bercakap dan fokus kepada diri sendiri," ujarnya.

Untuk rekod, Zamani sebelum ini menjalani penbedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November 2022.

Ketika ditemu bual mStar, dia mengakui bahawa masih lagi merasa kesakitan tersebut selepas hampir enam bulan menjalani pembedahan.

Menurutnya, ini kerana dia gagal menjalani rawatan fisioterapi yang telah ditetapkan oleh doktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain