PELAKON Imran Aqil tampil menghasilkan sebuah lagu baharu berjudul Bunga Dahlia sebagai satu tanda penghargaan buat isterinya, Dahlia Rizal. Bukan hanya terlibat dalam penulisan lirik, Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, turut merakamkan puisi istimewa buat Dahlia. "Lagu ini adalah curahan hati buat Dahlia sebelum kami berkahwin. Imran membuat kejutan buat Dahlia dengan lagu baharu. "Sekarang kami sudah menjadi pasangan suami isteri dan setiap lirik dalam lagu ini menjadi semakin bermakna buat kami berdua," katanya. Lagu tersebut merupakan nyanyian dan juga ciptaan bersama Aiman Sidek. Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Imran turut membuat naik video dia membuat kejutan buat Dahlia yang pertama kali mendengarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Usia muda bukan penghalang... Imran Aqil mahu cepat kahwin, bimbang terlepas nikmat hidup berpasangan ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bertunang, akhirnya Imran Aqil sah bergelar suami kepada Dahlia Rizal "Saya buatkan lagu untuk untuk dia (Dahlia). Satu perkara yang saya impikan adalah untuk memiliki lagu khas buat isteri," ujarnya. Imran dan Dahlia atau Nur Dahlia Ahmad Rizal, 22, bernikah pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun bertunang. Lagu tersebut diterbitkan oleh 4U Entertainment dan mula dilancarkan pada 24 September. Imran sudah setahun rancang buat lagu untuk Dahlia. Bercakap tentang penghasilan karya ini, Penerbit Eksekutif iaitu Meor Alfaizal dan Raja Azraff memberitahu pihak mereka mula bekerjasama dengan Imran sebulan selepas dia bertunang pada 21 Ogos tahun lalu. "Selepas Imran bertunang tahun lalu kami sudah mengadakan perbincangan untuk membuat kejutan sempena hari pernikahan. "Syukur semua berjalan lancar," jelas wakil mereka. Pihak 4U Entertainment juga membuka peluang buat mana-mana pasangan yang ingin berkahwin untuk menghasilkan lagu baharu sempena hari bahagia mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!