suria

Tengkuk sakit kesan jatuh, Anzalna Nasir terpaksa buat MRI

Anzalna dimasukkan ke hospital sejak Ahad.

PELAKON Anzalna Nasir terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Ahad selepas terjatuh di rumahnya.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 35, juga terpaksa menjalani proses pengimejan resonans magnet (MRI) susulan mengalami rasa sakit di bahagian tengkuk kesan akibat jatuh.

“Saya tidak tahu berapa lama akan menerima rawatan di hospital. Buat masa sekarang saya hanya perlu berehat.

anzalna 2

Anzalna berharap tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Saya terjatuh di rumah dan rasa sakit di bahagian tengkuk sebab itu terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Anzalna sebelum itu berkongsi video dia berada di hospital sebelum di bawa masuk ke bilik ujian MRI.

ARTIKEL BERKAITAN: “Awas Hanif Zaki” - Anzalna buka album kahwin sebagai peringatan, emosi suami tak hargai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Rezeki Allah bagi perlu dikongsi bersama” - Anzalna Nasir bawa bapa tunggal beli barang keperluan bayi

Aktres berkenaan turut memaklumkan dia masih menunggu keputusan ujian tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dalam keadaan sedang sakit dia tetap berfikir tentang dua anak lelakinya memandangkan tidak pernah berpisah lama sebelum ini.

"Saya rindu anak-anak. Setiap hari mereka ada bersama saya.

anzalna 3

Anzalna akui rindukan anak-anak.

"Saya di tempat (hospital) yang tidak saya mahukan. Saya meneysal kerana telah memaksa diri.

"Saya seorang ibu yang mengalami anxiety apabila berpisah dengan anak-anak. Saya mahu pulang ke rumah dan bersama keluarga," ujarnya.

Untuk rekod Anzalna memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Eidrees, 3, dan Muhammad Emirhan yang kini berusia satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain