PENYANYI Khai Bahar terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama mahupun filem sejak tahun lalu susulan kesihatan ibunya yang kurang baik ketika ini. Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata, dia enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya berlaku sebarang kecemasan melibatkan ibunya iaitu Rosnah Mohd, 62, yang menetap di Perlis. “Banyak tawaran berlakon yang saya terima termasuk sebagai watak utama. Tapi sejak tahun lalu saya menolak tawaran berlakon. Khai kini kerap berulang-alik pulang ke kampung. “Saya tahu kalau berlakon perlu ada komitmen jadual. Saya tidak mahu menyusahkan produksi kalau ada kecemasan. “Sekarang ini, kalau dengar ibu tak sihat saya akan terus balik Perlis,” katanya kepada mStar. Khai berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Pejam yang merupakan duet bersama penyanyi Adira Suhaimi. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar masuk hospital akibat sesak nafas, masih dalam pemantauan doktor ARTIKEL BERAITAN: “Dulu mak paling sibuk” - Sayu tengok Khai Bahar pakaikan ibu tudung, sambutan Aidiladha tak semeriah dulu Kali terakhir Khai tampil sebagai pelakon adalah menerusi drama Shakira pada 2021. Berkongsi keadaan terkini ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, Khai memberitahu ibunya itu kerap kali dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas. Saya tahu kalau berlakon perlu ada komitmen jadual. Saya tidak mahu menyusahkan produksi kalau ada kecemasan. KHAI BAHAR PENYANYI "Ada ketika tengah malam ibu sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Selain masalah buah pinggang, dia juga ada penyakit jantung, paru-paru dan hati. "Sebelum ini pernah dapat rawatan di Kuala Lumpur, tapi bila dia mula dialisis, saya lebih senang rawatan itu dibuat dekat Perlis sebab ada adik-beradik yang boleh tolong jaga," jelasnya. Bercakap mengenai single Pejam, Khai memberitahu lagi ciptaan Audi Mok dan Shazee itu berjaya dirakam dengan sekali 'take' sahaja. Khai berduet dengan Adira dalam lagu baharu berjudul Pejam. Teruja dengan lagu baharu itu, Khai berkata, ia ibarat impian jadi kenyataan apabila berpeluang berduet dengan Adira yang merupakan penyanyi kegemarannya. "Selama ini saya selalu nyanyi lagu Ombak Rindu dan pernah pasang niat nak berduet dengan Adira. "Lagu dan video muzik dirakamkan sekali sahaja... Semoga lagu ini mendapat sambutan baik daripada pendengar," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!