PENYANYI Liza Hanim menyifatkan Dana Kandungan Digital (DKD) yang diterima sebanyak RM300,000 bagi mengadakan konsert tidak sepatutnya menjadi pertikaian. Liza atau Haliza Hanim Halim, 44, berkata, sebagai seorang rakyat Malaysia dia berhak memohon dan menerima sebarang bantuan apatah lagi ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa melihat populariti pemohon. "Saya juga rakyat Malaysia, saya juga berhak. Saya sudah terlibat dalam industri seni lebih 20 tahun... Sesiapa sahaja boleh memohon. "Saya bukan dapat begitu sahaja... Saya hantar kertas kerja dan turun pada hadir sesi pitching (pembentangan). Liza semasa membuat persembahan di All Star Gegar Vaganza. "Jadi saya rasa tidak sepatutnya perkara itu menjadi pertikaian kerana ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk memohon dan itu terpulang kepada rezeki," katanya kepada mStar. Liza berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui selepas selesai konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, wang diterima sebanyak RM300,000 itu sebenarnya tidak mencukupi untuk menganjurkan sebuah konsert. ARTIKEL BERKAITAN: Zamani, Tomok dan Ezad Lazim antara 6 peserta Hot Seat terpilih bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dana Kandungan Digital dan kebajikan artis antara topik hangat ‘town hall’ bersama menteri Kata Liza, dia juga terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan konsert yang dijangka diadakan tahun depan berjalan lancar. "Saya dah lama nak buat konsert dan mungkin ini adalah rezeki saya untuk merialisasikan impian itu. DKD adalah pembuka ruang bagi tujuan berkenaan," katanya. DKD mula diperkenalkan pada April 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan inisiatif ini adalah kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan pada 2021. Saya bukan dapat begitu sahaja... Saya hantar kertas kerja dan juga buat pembentangan. LIZA HANIM PENYANYI Ia bertujuan untuk memperkemaskan dan mempermudahkan penyaluran dana-dana berkaitan industri kandungan kreatif. DKD diperuntukan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan DKD Industri Muzik dilaksanakan oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd. Mengulas mengenai penyertaan dalam All Stars Gegar Vaganza, Liza mengakui dia menghadapi sedikit tekanan apabila menjadi perhatian dan dinanti-nantikan peminat. Enam peserta hot seat bagi All Star Gegar Vaganza. Liza berkata, dia juga lebih selesa digelar sebagai peserta underdog berbanding menjadi tumpuan yang menambah tekanan. "Tapi bohonglah kalau saya kata saya tak rasa teruja bila baca komen. Ia juga memberi semangat kepada saya. "Saya terima yang saya dah 44 tahun dan saya akan buat persembahan mengikut kemampuan, keadaan saya. "Itu (umur) tidak buatkan saya awal-awal sudah menyerah diri. Tapi bila kita dah masuk, kita kena bagi sepenuhnya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!