ASTRO memberi jaminan akan menyelesaikan kes tuntutan wang RM10,000 yang dibuat oleh keluarga Allahyarham Hamid Gurkha. Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya juga kesal akan kejadian yang berlaku atas pelawak legenda itu. Malah Astro juga menghubungi waris Allahyarham bagi menyelesaikan tuntutan berkenaan dalam tempoh secepatnya. Allahyarham meninggal dunia pada 14 Jun 2022. "Astro akan melunaskan pembayaran Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP - Anugerah MeleTOP Era 2021 yang dianugerahkan kepada arwah Hamid Gurkha dan kesal atas sebarang kesulitan yang berlaku. "Pihak produksi AME sedang berurusan dengan keluarga Arwah untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin," katanya kepada mStar melalui kiriman WhatsApp. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan keluarga Allahyarham masih menunggu wang tunai yang tertunggak sejak tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Hamid Gurkha meninggal dunia akibat penyakit tibi ARTIKEL BERKAITAN: Anak nafi Hamid Gurkha masuk ICU, tapi masih dalam pemantauan doktor akibat batuk teruk Anak ketujuhnya, Nor Azian memberitahu bapanya diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP AME2021 yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000. Namun wang kemenangan itu tidak diserahkan sehinggalah Allahyarham meninggal dunia pada 14 Jun 2022. Allahyarham meninggal dunia akibat kesukaran bernafas selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain. Untuk rekod perjalanan seni Allahyarham bermula apabila bergelar juara Bintang Radio RTM pada 1965, dan kemudian terus dikenali menerusi filem-filem popular seperti Panglima Badol dan Jejaka Perasan. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Timah Abdul Hamid dan lapan orang cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!