KONSERT SuriaVolusi yang bakal diadakan pada Oktober ini bukan sahaja menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal, malahan bakat baru yang sedang meningkat naik juga akan diketengahkan dalam acara berkenaan. Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata sebagai platform radio, ia menjadi tanggungjawab untuk mereka membuka ruang bagi mempromosikan artis-artis baharu yang meningkat naik. "Kita (radio) membuka ruang untuk artis-artis baharu yang ada single pertama untuk mempromosikan. Sebab apa? Sebab bagi kami, sebagai sebuah stesen radio swasta, kita memikul satu tanggungjawab (naikkan artis baharu) juga. DJ Lin bersama Ketua Pengarah Eksekutif AC Gas, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman. "Kalau kita tidak bantu artis-artis ini untuk diketengahkan untuk dikenali, siapa yang nak tolong mereka? "Bagi saya, sepatutnya kita sebagai sebuah stesen radio selain bertanggungjawab menghiburkan pendengar, kita juga bertanggungjawab untuk membantu memberikan publisiti bagi membantu untuk pertumbuhan karier untuk artis baru ini," katanya kepada mStar. DJ Lin berongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert SuriaVolusi yang diadakan di Uno Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Yakin sokongan pendengar, Suria FM terbitkan Majalah Suria 7... Edisi pertama tampilkan gandingan Khai Bahar dan Nabila Razali ARTIKEL BERKAITAN: Siri Jelajah Suria 2023 buat kelainan, tampil artis-artis era 80-an hiburkan penonton Konsert yang bakal diadakan di The Curve, Petaling Jaya pada 21 Oktober dan KB Mall, Kota Bharu pada 28 Oktober ini akan menampilkan Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Aira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Krital X, Aju Success, Halim Yazid dan Dikir Barat. Selain itu, konsert itu menampilkan Renggo Arow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Araf Nasir dan ramai lagi. Tambah DJ Lin, antara artis yang sebelum ini tidak dikenali dan kini semakin meningkat naik oleh kerana bantuan Suria adalah Amir Masdi, Haqiem Rusli, Wany Hasrita. "Kita di Suria FM, tiada pilih-pilih bulu. Niat kita memang nak bantu artis-artis baharu yang berminat untuk serius dalam industri. Kalau radio tidak bantu artis-artis ini untuk diketengahkan, dikenali, siapa yang nak tolong mereka? DJ LIN PENGURUS BESAR SURIA FM "Dan Alhamdulillah, apa yang kami lakukan sebelum ini, ia sangat berjaya. Daripada artis itu tidak dikenali, kurang dikenali tetapi dengan platform yang kita sediakan, Alhamdulillah sekarang ini semua dah jadi bintang. "Kami sangat bersyukur dan tumpang gembira. Yang penting mereka tidak lupakan kami," ujarnya. Bercerita mengenai SuriaVolusi, DJ Lin berkata, ia merupakan sebuah konsert hasil gabungan kerjasama Suria FM bersama AC Gas yang pastinya memberi kelainan buat para pengunjung dan pendengar setia. Krew Suria FM dan AC Gas bergambar dihadapan bas khas untuk SuriaVolusi. Jelasnya, konsert tersebut adalah untuk meluaskan lagi sasaran pendengar Suria khususnya di sekitar kawasan Pantai Timur. "Ini kerana sekian lama kami tidak menyantuni peminat di Kelantan. Akhirnya ia dapat direalisasikan menerusi jalinan kerjasama padu bersama AC Gas," katanya. Selain berhibur bersama barisan penyampai dan artis, DJ Lin berkata terdapat banyak aktiviti dan hadiah yang boleh dimenangi menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal pukul 12 tengahari hingga 6 petang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!