suria

Tak sia-sia empat kali tonton filem ‘Jawan’, Shah Rukh Khan ucap terima kasih peminat Malaysia

Shah Rukh Khan terharu peminat tonton Jawan berulang kali.

BAGAI mimpi menjadi realiti... Itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh seorang peminat apabila pelakon kegemarannya iaitu Datuk Shah Rukh Khan (SRK) menyedari perkongsiannya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi laman Twitter, peminat wanita itu berkongsi mengenai pengalamannya menonton filem lakonan SRK sebanyak empat kali sejak ditayangkan di pawagam pada September lalu.

Ceritanya lagi, dia bersama rakan menonton filem berkenaan di pawagam pada lewat malam dan tidak menyangka masih mendapat sambutan ramai ketika itu.

Shah

Peminat tak jemu tonton Jawan kerana Shah Rukh Khan.

"Kami pergi menonton Jawan lagi sekarang ini. Kami harap Shah Rukh Khan ada bersama kami di sini.

"Ia pada tengah malam tapi kami di sini tetap mahu menonton Jawan untuk kali keempat.

"Pawagam juga hampir penuh. Jawan menjadi kegilaan di Malaysia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan tiba di Mumbai dalam keadaan sihat, khabar angin terlibat kemalangan terbukti palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan dakwa ada sebidang tanah di bulan, hadiah peminat dari Australia

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian SRK dan pelakon Bollywood itu turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menonton filem berkenaan di Malaysia.

"Terima kasih. Cinta saya untuk semua yang menonton Jawan di Malaysia!" luahnya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut teruja dan sambil berharap Shah Rukh Khan akan kembali untuk bertemu peminat di Malaysia.

12333

Antara peminat lain yang turut menonton sebanyak empat kali.

Malah ada juga yang memaklumkan dirinya turut menonton filem tersebut sebanyak empat kali namun tidak disedari pelakon berkenaan.

"Kegilaan Shah Rukh Khan luar biasa, Datuk bila nak datang Malaysia lagi? Tak nak jumpa peminat di sini ke?

"Tak adil, dia Shah Rukh Khan perasaan sedangkan saya tidak. Saya peminat Shah Rukh Khan sejak 12 tahun. Saya juga tonton Jawan sebanyak empat kali," antara komen netizen.

Jawan merupakan filem kedua lakonan Shah Rukh Khan dalam tahun 2023 selepas beliau membintangi filem bertajuk Pathaan yang telah ditayang pada Januari lalu.

Jawan ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain