suria

Showcase pertama buat Nabila Razali percaya diri, pasang impian anjur konsert skala besar

Nabila tidak lagi gementar membuat persembahan secara live.

SELEPAS kejayaan showcase pertama yang berlangsung pada malam Sabtu lalu, penyanyi Nabila Razali lebih yakin untuk mengadakan persembahan dalam skala lebih besar seperti konsert pada masa hadapan.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, sebelum ini dia ada rasa bimbang dan tidak percaya pada kemampuan diri apatah lagi perlu mempunyai stamina yang baik untuk menyanyi lebih banyak lagu jika mengadakan konsert.

"Sebelum ini saya sering tertanya-tanya boleh ke kalau nak buat showcase sampai kena menyanyi 10 buah lagu? Tetapi bila melihat persembahan malam ini (Sabtu lalu) saya jadi lebih yakin dan percaya diri.

bella1 - 1

Nabila menjayakan showcase bersama Insomniacks.

"Ini adalah showcase pertama saya, Alhamdulillah penerimaan peminat juga sangat positif.

"Apabila showcase ini berjalan lancar, barulah saya dapat melihat apa langkah seterusnya yang akan dibuat selepas ini," katanya kepada mStar.

Nabila mengulas perkara itu selepas ditemui pada showcase #MalamCerita Kita Nabila Razali X Insomniacks yang diadakan di BSYNC Live Hall, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin di jari manis hanya aksesori biasa, Nabila Razali akan kongsi jika ada berita gembira

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali pilih kunci mulut isu bertunang, kongsi dengan peminat bila sudah sedia

Pada persembahan itu, Nabila menyampaikan tujuh buah lagu dihadapan 400 peminat termasuk Pematah Hati, Tak Ingin Usai, Menutup Mata, Peluang Kedua dan single duet bersama Insomniacks iaitu Cerita Kita.

Dalam pada itu, Nabila tidak menafikan insiden terkucil ketika menyanyi live sering menjadi igauan buruk buatnya membuat persembahan secara langsung.

Showcase ini mungkin nampak kecil tetapi saya tetap mahu beri yang terbaik buat peminat.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Bagaimanapun katanya, dia sudah mampu melawan rasa gementar untuk beraksi di hadapan peminat selepas mula mendapat keyakinan dengan suntikan semangat baharu.

"Saya kini tidaklah segementar dahulu... Kalau dulu sebelum buat persembahan memang saya sangat nervous, saya rasa semua orang tahu kenapa.

"Selepas kejadian itu, saya juga ambil masa agak lama untuk kembali di atas pentas tapi Alhamdulillah dengan persiapan fizikal dan mental semuanya berjalan lancar," jelasnya.

bella2 - 1

Impian Nabila untuk mengadakan showcase tercapai.

Sementara itu, Nabila meluahkan rasa syukur showcase itu berjalan lancar dan ia merupakan salah satu impian yang akhirnya terlaksana sepanjang bergelar anak seni.

"Showcase ini mungkin nampak kecil tetapi saya tetap mahu beri yang terbaik buat peminat yang sudi membeli tiket dan tak mahu menghampakan mereka yang percaya dengan saya.

"Kalau sebelum ini hanya menyanyi dua ke tiga buah lagu tapi untuk showcase ini dapat persembahkan tujuh buah lagu dan saya rasa puas semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain