suria

Andi Arsyil mengadu kena stalk, Puteri Sarah tanya tujuan individu menghendap

Sarah dan Andi hairan dihendap orang yang dikenali.

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan ada individu mula menghendap pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil yang dikaitkan mempunyai hubungan dengannya di media sosial.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, meluahkan rasa hairan terhadap tindakan individu tersebut yang memeriksa Instagram Andi yang seolah-olah ingin mengetahui kegiatan hariannya.

"Dengar-dengar ada orang itu dia stalk pelakon Indonesia itu, kenapa ya?

Psarahhh

Puteri Sarah hairan rakan perniagaannya dihendap individu tersebut.

"Kenapa ya nak stalk Instagram... Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya," katanya semasa di siaran langsung TikTok miliknya.

Kata Puteri Sarah, dia mengetahui perkara itu selepas Andi memaklumkan perkara itu selain turut berasa harian dengan tindakan individu tersebut.

"Dia periksa Instagram orang itu... Selepas itu orang itu tanya saya... kok bisa check Instagram aku, kenapa sih?," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak jadi kudis pun” - Patimah tetap ‘side’ Puteri Sarah, minta jangan layan ada pihak meroyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah kena saman duduk diam-diam” - Puteri Sarah bengang bekas menantu Kazar bangkitkan isu edah, bermesra dengan lelaki dalam ‘live’

Walaubagaimanapun, Puteri Sarah tidak mendedahkan lanjut siapa individu yang dimaksudkannya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menyebut individu tersebut adalah isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Mereka juga berpendapat individu tersebut tidak tenang melihat Puteri Sarah semakin bahagia dengan hidupnya.

"Ira Kazar nak jadi watak Ayu dalam Teduhan Kasih. hati dia sakit tengok Sarah bahagia.

Psarahhhh

Antara komen netizen tentang pendedahan Puteri Sarah.

"Dia kenapa? Ada masalah hati ke? Dulu semua Puteri Sarah Simpan sekarang dia luah saja semua.

"Abang Indonesia lagi handsome, nak cuba juga lah itu," antara komen netizen.

Sebelum ini, Puteri Sarah menjelaskan hubungannya dengan Andi sekadar kawan dan rakan perniagaan selain pertemuan mereka hanya atas urusan perniagaan yang turut ditemani pengurus dan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain