suria

Jamal Abdillah, M. Nasir dan Misha Omar antara penyanyi jemputan minggu 4 ASGV, kemunculan Ziana Zain paling ditunggu-tunggu

Ziana (kanan) setuju duet bersama Liza di pentas ASGV.

PENYANYI terkenal Ziana Zain buat pertama kali bakal tampil di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) selepas 10 musim program hiburan itu bersiaran.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, bakal membuat kemunculan sebagai pasangan duet penyanyi Liza Hanim menyampaikan lagu popularnya Madah Berhelah pada minggu keempat yang akan berlangsung pada 15 Oktober ini.

Tidak sukar mendapat persetujuannya, Liza atau Haliza Hanim Abd Halim, 44, meluahkan rasa teruja bakal berkongsi pentas dengan penyanyi pujaannya itu.

liza hanim 2

Liza sudah mula membayangkan konsep persembahan bersama Ziana.

"Terima kasih kepada pasukan saya dan tidak sangka Zain sudi untuk berduet. Ini adalah kemunculan pertama beliau di pentas Gegar Vaganza.

"Apa lagi yang boleh saya katakan selain perasaan syukur... Ziana adalah seorang 'Queen of Ballad' dan kemunculannya adalah hadiah buat pentas All Stars Gegar Vaganza," katanya kepada mStar.

Liza berkongsi keterujaannya itu ketika ditemui selepas pertandingan minggu ketiga ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta All Stars Gegar Vaganza tarik nafas lega, tiada penyingkiran minggu ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh”

Selain Ziana, beberapa nama besar bakal tampil sebagai penyanyi jemputan seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Liza Aziz, Misha Omar, Idayu, Marsha Milan dan Amir Masdi.

Minggu keempat bakal menampilkan tema Berdua Bersatu ASGV yang memperlihatkan semua peserta membuat persembahan bersama artis kegemaran mereka.

Dalam pada itu, Liza berkata, dia masih belum berkesempatan untuk berbincang lanjut dengan Ziana tentang konsep persembahan mereka nanti.

Ziana adalah seorang 'Queen of Ballad' dan kemunculannya adalah hadiah buat pentas All Stars Gegar Vaganza

LIZA HANIM

PENYANYI

"Hari ini (Ahad) saya balik berehat dahulu tetapi sudah ada bayangan bagaimana konsep yang akan kami buat nanti.

"Saya ada undangan nyanyian manakala Ziana pula sedang berada di luar negara minggu ini. Bagaimanapun kita akan buat persiapan awal dari segi susunan muzik," jelasnya.

Sementara itu, Liza menyahut cabaran komen juri iaitu Datuk Syafinaz Selamat yang mahu melihat dia memberi kelainan dalam persembahan dengan menonjolkan teknik nada rendahnya.

liza hanim 3

Liza berjaya mengekalkan kedudukan lima teratas sepanjang tiga minggu ASGV.

Melihat ia sebagai satu penghormatan dari seorang guru vokal, Liza akan cuba mempelbagaikan tekniknya itu melalui susunan muzik yang sesuai dengan vokalnya.

"Ini adalah pertandingan, kalau menyanyi lagu nada rendah sekali pun saya kenalah 'bagi' sikit supaya puas menyanyi.

"Komen diberikan Syafinaz adalah satu penghormatan buat saya dan ia datang daripada seorang guru vokal dan ia buat saya gembira tetapi ia turut datang dengan jangkaan ramai terhadap saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain