suria

[V] Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh”

Azharina sedih kerana merasakan persembahannya kurang memuaskan.

PENYANYI Azharina mendedahkan gagal menahan air mata ketika menghubungi gurunya sejurus selepas membuat persembahan di minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ALGV) pada malam Ahad kerana melakukan kesilapan di pentas berkenaan.

Kata Azharina atau Azharina Azhar, 38, apa yang membuatkan dirinya sedih adalah dia tidak dapat memberikan persembahan terbaik selepas seminggu menuntut ilmu dengan empat guru yang cukup arif dalam bidang nyanyian.

"Saya telefon empat orang guru saya dan minta maaf. Itu taggungjawab saya sebagai anak seni. Saya harus belajar untuk terima kekurangan.

"Saya menangis kerana saya tidak mampu membuatkan mereka gembira atas kekhilafan saya. Itu yang membuatkan saya sedih. Sebagai anak murid saya perlu menghormati mereka," katanya kepada mStar.

azharina 33

Persembahan Azharina mendapat kritikan juri ASGV.

Azharina ditemui selepas tamat program ALGV yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mengalirkan air mata mengenangkan kesedihan itu.

Dia mendedahkan mendapat tunjuk ajar daripada empat orang guru iaitu guru vokal Cikgu Syafi dan Datuk Azizul Khamis selain dua lagi yang enggan didedahkan namanya.

Azharina yang menyampaikan lagu berjudul Sayang Disayang (nyanyian asal Rubiah) juga mendapat komen kurang baik daripada tiga juri tetap program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS kata nyanyi tidak sedap, Azharina jawab komen juri... “Suara ini Allah SWT kurniakan”

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta All Stars Gegar Vaganza tarik nafas lega, tiada penyingkiran minggu ketiga

Datuk Ramli MS menyebut nyanyian Azharina ketika sesi latihan lenih baik berbanding persembahannya di atas pentas itu.

Manakala Datuk Syafinaz pula memberi komen tentang penghayatan yang kurang sesuai untuk menggambarkan kesediahan dalam jalan cerita lagu berkenaan.

Menerima setiap komen dengan hati terbuka, Azharina juga menjelaskan dia telah membuat persiapan awal mendalami lirik berkenaan dan gaya persembahan pada malam itu ada maksud tersendiri.

Saya tak mahu jadi penyanyi yang bodoh tanpa membuat kajian.

AZHARINA

PENYANYI

"Saya tidak terasa dengan komen juri kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan saya amat hargai. Masing-masing ada pendapat sendiri.

"Dalam persembahan saya tersenyum kerana ini memberi maksud tersirat. Lagu ini bercerita dan saya banyak bermain dengan ekspresi," ujarnya.

azharina 22

Azharina mendalami setiap tugasan yang diberikan dipentas ALGV.

Tambah penyanyi ini dia tidak pernah ambil mudah denagan setiap tugasan yang diberikan pada pertandingan tersebut.

Malah Azharina cukup faham akan setiap lirik yang ingin disampaikan dan dia juga melakukan kajian awal supaya penyampaian pada persembahan menepati lirik lagu itu.

"Saya tanya orang-orang lama tentang lagu ini. Saya tak mahu jadi penyanyi yang bodoh tanpa membuat kajian. Saya sendiri yang mahukan menyanyikan ia dengan lirik asal," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain