suria

Bagindas tampil nama dan genre baharu, peminat marah siap ugut bunuh

Bagindas pernah diugut bunuh sebelum ini.

DAHULUNYA dikenali sebagai D'Bagindas, namun kini kumpulan dari Indonesia itu mahu tampil dengan nama Bagindas.

Vokalisnya iaitu Andra berkata kumpulan itu mahu tampil segar dengan mengetengahkan rentak lagu mengikut peredaran zaman dan mudah diterima pendengar.

Untuk menarik lebih banyak peminat, kumpulan itu tidak mahu bergantung kepada satu genre, sebaliknya hadir dengan pelbagai genre muzik.

Bagindas 2

Bagindas semasa sidang media untuk konsert sulungnya di Malaysia.

"Kita mulai berbeza konsep sejak tahun 2019. Kalau sebelum ini konsep lama, kini rentak muzik kita benar-benar mengikuti apa yang pendengar muzik mahu.

"Kami tidak hanya satu genre. Pendengar muzik sekarang ini ada banyak ragam. Jadi, kami tidak terikat kepada satu jenis muzik. Kami ada dangdut, ada juga lagu bahasa Jawa," katanya kepada mStar.

Andra berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu yang diadakan baru-baru ini.

Berkongsi mengenai perubahan nama itu, Bagindas mengakui pada awalnya peminat sukar menerima keputusan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan artis popular 3 negara! Konsert Galau Singapura janjikan seleksi lagu ‘healing’ untuk peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Radja trauma insiden ugut bunuh penganjur konsert, bukan penghalang hibur peminat di Malaysia

Malah, mereka juga sebelum ini pernah menerima pelbagai amaran termasuklah ugutan bunuh.

"Sangat sukar untuk kami dapat dekati hati peminat D'Bagindas. Ini kerana kita bertukar keseluruhannya.

"Ada yang ugut macam-macam termasuk bunuh. Mereka marah kerana masih belum sedia nak terima pertukaran itu," ujarnya.

Sebelum ini konsep lama, kini rentak muzik kita benar-benar mengikuti apa yang pendengar muzik mahu.

ANDRA

VOKALIS BAGINDAS

Bercakap mengenai konsert yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November depan, Andra berkata Malaysia sentiasa menjadi pentas yang dinanti-nantikan untuk mereka mengadakan konsert.

“Selama ini kami sentiasa menunggu peluang untuk mengadakan konsert sulung di Malaysia. Kami sering menerima permintaan daripada peminat yang mahu kami datang ke Malaysia untuk membuat konsert.

“Kami menganggap tahun ini adalah waktu yang tepat dan rezeki untuk kami bertemu dengan peminat Bagindas,” katanya.

Bagindas 4

Bagindas bakal mengadakan konsert di Zepp, KL.

Lebih istimewa, Bagindas yang dianggotai Andra, Wendy, Fery dan Ragil itu bakal mempersembahkan kelainan daripada segi muzik dengan berkolaborasi bersama DJ Rycko Ria.

Gabungan muzik campuran semula atau remix daripada Bagindas X DJ Rycko Ria pastinya sesuatu yang cukup dinantikan dan mengujakan kerana ia bertepatan dengan cita rasa pendengar masa kini.

Tiket bagi konsert tersebut telah mula dijual bermula harga RM139 hingga RM360.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain