suria

Peserta All Stars Gegar Vaganza tarik nafas lega, tiada penyingkiran minggu ketiga

Zamani dan Ayai masih terselamat dan layak ke minggu seterusnya.

TIADA penyingkiran diumumkan pada minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Bagaimanapun Ayai Ilusi yang menyampaikan lagu Donde menjadi peserta menerima markah terendah.

Menerusi komen juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, nyanyian Ayai kali ini sedikit mendatar namun satu percubaan baik.

tinggi 1

Liza dan Jaclyn mendapat tempat dua tertinggi pada minggu ketiga.

“Nyanyian mendatar. Tapi percubaan bagus,” katanya ringkas.

Selain Ayai, dua lagi peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah Zamani dan Datuk Aishah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cliff Umar dan Suki Low 2 peserta pertama tersingkir All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: Kualiti persembahan teruk, konsert pertama All Stars Gegar Vaganza tak capai KPI - Ramli MS

Penyanyi Jaclyn Victor yang menyampaikan lagu Bole Chudiyan menerima kedudukan markah tertinggi untuk minggu ini.

Manakala Liza Hanim di tempat kedua dan Naqiu ketiga.

gv 1

Naqiu dan Aliff turut berjaya ke minggu seterusnya.

Sementara itu Tomok diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak dan Zamani pula membawa pulang Anugerah Gegaran Generasi Juara.

ASGV dihoskan oleh gandingan pengacara Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain