NYANYIAN Azharina di konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kurang memberangsangkan sehingga mendapat kritikan barisan juri. Azharina pada minggu lalu menerima pujian bagaimanapun kali ini tidak memberikan persembahan seperti yang diharapkan. Juri tetap iaitu Datuk Ramli MS menganggap nyanyian lagu Sayang Disayang itu kurang baik tidak seperti semasa sesi raptai. “Dia menyanyi tak bagus malam ini. Semasa sesi latihan (rehearsal) lebih baik,” komennya. Azharina mendapat komen yang kurang memberangsangkan dari juri. Manakala, juri kedua Hetty Koes Endang pula memberitahu Azharina gagal menjiwai lagu tersebut yang sepatutnya menceritakan kisah sedih dalam percintaan. Begitu juga dengan komen Datuk Syafinas yang memberitahu Azharina seakan-akan tersalah menyampaikan penceritaan dalam lagu nyanyian asal Rubiah itu. Tampil menjawab komen juri-juri, Azharina berkata dia telah dikurniakan dengan suara sedemikian. Malah, dia juga melakukan persembahan dengan penyampaian begitu selepas mendapat nasihat Ramli untuk nampak lebih bersahaja di atas pentas. ARTIKEL BERKAITAN: “Kali terakhir kita berjumpa 2016...” - Karakter Elly Mazlein berubah di All Stars Gegar Vaganza, penonton mahu Kak Lina Pom Pom kembali ARTIKEL BERKAITAN: Rancak menari di All Stars Gegar Vaganza, seluar Aishah koyak dekat celah kelengkang sebelum naik pentas “Suara saya ini Allah SWT yang kurniakan. “Selepas saya bertanya dengan orang lama dan belajar daripada mereka yang berpengalaman, lagu ini ialah mengenai kematian seorang kekasih. “Waktu saya rehearsal, ada yang minta saya longgarkan sedikit cara nyanyian,” jawabnya. ASGV bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!