KEMUNCULAN kumpulan Ruffedge dan Innuendo semasa Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta Live di Istana Budaya pada malam Sabtu menerima sorakan meriah daripada penonton. Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, 43, berkata impiannya untuk menyatukan semula rakan artis yang sudah lama dikenalinya sejak 20 tahun lalu akhirnya tercapai. Malah dia mengakui terlalu merindui momen beraksi sepentas bersama dua kumpulan itu. Kemunculan Ruffedge dan Innuendo gamatkan Istana Budaya. Kali terakhir, kemunculan Lah sewaktu Ruffera That Moment In Time Live in Concert yang berlangsung Ogos lalu turut mendapat sambutan hangat lebih 4,500 peminat. "Kami ini dah berkawan lebih daripada 20 tahun. Kumpulan VE dan Ruffedge sama-sama naik... tapi bila sudah terkenal jarang pula berjumpa. ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad amal puasa cara bersihkan jiwa, mampu tambah stamina menjelang konsert di Istana Budaya ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tawaran sertai Gegar Vaganza, Lah Ahmad kata ada artis lain lebih layak... "Terima kasih sudi panggil" "Berjumpa hanya sewaktu lepak minum dan di studio... kami sudah jarang menyanyi di atas pentas yang sama. "Jadi masa saya muncul di konsert mereka, mungkin peminat bukan suka lihat saya sahaja tetapi mereka seronok melihat saya dan Ruffedge duduk di atas pentas yang sama selepas 20 tahun," katanya kepada mStar. Kami ini dah berkawan lebih daripada 20 tahun. Kumpulan VE dan Ruffedge sama-sama naik. LAH AHMAD PENYANYI Dalam pada itu, Lah memberitahu penyatuan semula rakan artis ini sudah lama dirancang sejak mereka mula berpecah. Tambah Lah, lagu Ayu yang dinyanyikan bersama Ruffedge dan Innuendo pada konsert malam Sabtu itu juga merupakan satu penghargaan buat dirinya. “Saya rasa semangat brotherhood itu kembali semula seperti sebuah keluarga. Sudah lama saya tidak merasa momen itu. "Saya dah lama merancang sejak dari zaman kami sudah berpecah. Saya selalu berangan sekiranya satu hari nanti untuk kami bersama kembali membuat persembahan. "Jadi apa yang berlaku pada konsert ini, termasuk apabila mereka (Ruffedge dan Innuendo) menyanyikan lagu Ayu... ia merupakan satu penghormatan buat saya," ujarnya. Dalam pada itu, persembahan Lah bersama Ruffedge menerusi lagu Khayalan turut mendapat sorakan meriah daripada penonton. Persambahan Lah menerima sorakan hangat peminat. Seluruh penonton di Istana Budaya berdiri dan bersorak menyanyikan bersama bait-bait lirik lagu tersebut. Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta Live di Istana Budaya diserikan dengan 18 buah lagu termasuk Adinda, Kerna Sayang, Salam, Kau Tercipta, Bila Rindu, Ayu dan Belaian Jiwa. Sementara itu, persembahan Lah juga diiringi pemuzik dari Orkestra Simfoni Universiti Malaya yang menjadikan persembahan lebih berprestij dan bertaraf antarabangsa sesuai dengan lokasi yang dipilih. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!