suria

Tiada komen kehadiran Sophia Albarakbah, elak undang spekulasi... Aliff Aziz fokus tugasan duet bersama adik

Aliff sudah jangka kehadiran Sophia akan menjadi bualan.

KEHADIRAN pelakon Sophia Albarakbah di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad mencuri tumpuan memandangkan penyanyi Aliff Aziz turut bertanding dalam program berkenaan.

Pernah terkait dengan kontroversi cinta lokasi, Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, bagaimanapun melihat kehadiran pelakon itu tidak menganggu persembahan di atas pentas.

Malah dia juga sedar sebagai artis yang sama-sama terlibat dalam bidang seni, mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara.

aliff aziz 2

Aliff hanya fokus pada persembahan di atas pentas ASGV.

"Ini ada program terbuka sesiapa pun boleh datang... Mungkin dia datang untuk menikmati persembahan dan sebagai peserta fokus saya hanya menyampaikan persembahan dengan baik.

"Tak elok rasanya saya komen tentang kehadiran dia kerana nanti akan timbul spekulasi tidak betul. Tiada apa yang boleh saya katakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta All Stars Gegar Vaganza tarik nafas lega, tiada penyingkiran minggu ketiga

"Kita berada dalam bidang yang sama, pusing-pusing akan jumpa orang sama juga. Siapa yang datang dan kenapa mereka datang bukanlah tugas saya untuk menjawab," katanya.

Pada konsert yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Aliff menyampaikan lagu berjudul Kasih yang pernah dipopularkan oleh juri tetap ASGV iaitu Hetty Koes Endang.

Berjaya berada di kedudukan lima teratas, penyanyi ini meluahkan rasa syukur selepas persembahannya dua minggu sebelum ini kurang memuaskan.

Kita berada dalam bidang yang sama, pusing-pusing akan jumpa orang sama juga.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

"Sebenarnya agak tertekan untuk saya berada di kedudukan ini kerana ada perkara yang ingin saya buktikan kepada semua.

"Minggu kedua menyaksikan dua rakan terkeluar dan ia memberi satu impak besar kepada saya. Ia bagaikan satu mesej yang cukup jelas untuk lakukan lebih baik," ujarnya.

Bakal menyampaikan lagu If I Ain't Got You pada minggu keempat nanti, Aliff bakal menampilkan adiknya sendiri iaitu penyanyi Aisyah Aziz sebagai pasangan duet.

aliff aziz 3

Aisyah dan Aliff bakal berduet di minggu keempat ASGV.

Aliff berkata gabungan itu bakal menjadi saat istimewa buat dia kerana itu adalah kali pertama mereka berduet sepanjang bergelar anak seni.

"Ketika saya nampak wajah adik (Aisyah) di skrin, perasaan amat terharu. Sepanjang menjadi penyanyi kami tidak pernah membuat persembahan bersama secara profesional di mana-mana pentas.

"Apa pun yang akan berlaku pada konsert keempat nanti, ia akan jadi satu kenangan paling indah. Saya akan kenang kisah ini apabila hari tua nanti," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain