SUSULAN menyuarakan kemusykilan dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV), penyanyi Datuk Aishah tampil membuat penjelasan tentang kekeliruan yang berlaku. Kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila digandingkan dengan penyanyi Vince Chong yang juga merupakan juara Akademi Fantasia (AF) musim pertama. "Saya nak jelaskan tentang hal ini dulu. Saya sangat bangga dapat berduet dengan Vince. Saya kenal dia sejak dari menang AF lagi. "Dia bukan pilihan pertama saya kerana mula-mula saya mencari artis yang lebih kurang sebaya dengan saya... nak menyanyi lagu cinta pula. Aishah dituduh dengki disebabkan tidak mendapat rakan duet yang popular. "Tapi mereka tidak available... jadi kita menyanyi dengan 'anak ikan' yang handsome. Chill la korang (netizen)," katanya. Aishah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Aishah memberitahu kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini disalah erti apabila segelintir netizen menyifatkan dirinya dengki kerana tidak mendapat rakan duet yang mempunyai nama besar dalam industri. Penyanyi lagu Janji Manismu itu menyelar tindakan netizen yang hanya membaca tajuk berita di portal media tanpa mengetahui apa yang sebenarnya ingin disampaikan. ARTIKEL BERKAITAN: Kenalan rapat dan ahli keluarga jadi rakan duet, Aishah musykil pemilihan artis jemputan ASGV ARTIKEL BERKAITAN: Rancak menari di All Stars Gegar Vaganza, seluar Aishah koyak dekat celah kelengkang sebelum naik pentas "Saya rasa orang sekarang tak suka membaca... ada yang baca headlines saja. Saya hanya bertanya bagaimana penghakiman rakan duet yang akan dibuat. "Ada yang akan menyanyi lagu sendiri, ada yang menyanyi dengan abang sendiri... jadi sudah tentu ada sedikit kelebihan. "Saya ada hak untuk bertanya... korang (netizen) terus membuat kesimpulan mengatakan saya dengki tidak dapat nama-nama besar (rakan duet)," ujarnya. Aishah dan Vince bakal menyampaikan lagu berjudul Terlanjur Cinta pada minggu keempat ASGV pada Ahad ini. Sementara itu, Aishah menjelaskan mendapat rakan duet yang mempunyai nama besar dalam industri nyanyian juga mempunyai risiko besar yang harus ditanggung. Penyanyi itu bagaimanapun mengambil perkara ini dengan positif dan meminta peminat untuk menikmati konsert yang bakal berlangsung pada Ahad ini. Aishah tiada niat mempertikaikan rakan duet peserta ASGV. "Keduanya, kadang-kadang nama lebih besar di sebelah kita juga ada risikonya. Jadi rileks, kita enjoy konsert nanti... jangan nak tambah dosa mengata," katanya. Sebelum ini, Aishah memberitahu pemilihan penyanyi jemputan bagi pertandingan minggu keempat ASGV dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem permakahan yang bakal dibuat nanti. Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka turut dinilai. Menurut Aishah, ia seakan tidak adil apabila hubungan yang telah lama terbina memudahkan peserta dan pasangan duetnya mencapai keserasian bersama semasa di atas pentas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!