suria

Afdlin Shauki rasa bahagia selepas berkahwin, isteri okay tiada majlis kenduri besar-besaran

Afdlin mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu.

LEBIH kurang dua bulan bergelar suami kembali, pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki memberitahu dia berasa bahagia dengan kehidupan selepas berkahwin.

Kata Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, hidupnya kini lebih tenang dan gembira apabila perihal makan dan minumnya kembali dijaga oleh seorang isteri.

"Saya sekarang sangat bahagia, seronok, tenang dan makan minum sudah dijaga kembali.

"Setakat ini Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan diri saya sekarang. Semuanya berjalan dengan baik," katanya kepada mStar.

afdlin1 - 1

Afdlin bersyukur dengan perkahwinan keduanya.

Afdlin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Afdlin memberitahu dia ingin berkongsi berita gembira pernikahannya bersama isteri iaitu Marcella pada Ogos lalu namun menangguhkan hasrat kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berlangsung.

Tambah pelakon filem Papadom itu juga, dia bersyukur apabila perkahwinan keduannya ini diterima baik oleh anak-anak dan bekas isteri iaitu Christina.

"Saya menghormati isteri saya... dia tidak kisah sekiranya saya ingin berkongsi berita gembira (pernikahan) ini... tapi saya mahu berikan kami masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki tamat zaman duda Ogos lalu, pilih pengurus sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki pilih Ogos depan jawab dakwaan sudah tamat zaman duda

"Saya nak umumkan pada Ogos lalu tetapi ada PRN pula... saya tidak mahu fokus orang (masyarakat) lari.

"Alhamdulillah semua keluarga menerima perkahwinan ini dengan baik... hubungan isteri dengan anak-anak dan bekas isteri saya juga baik-baik sahaja.

"Anak-anak menerima baik dengan keputusan untuk saya bernikah semula... seorang anak saya hadir pada majlis pernikahan kami dan dua lagi tidak hadir... tapi mereka semua okay sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin turut berkongsi pernikahan keduanya ini dilakukan secara kecil-kecilan, cukup sekadar untuk menghalalkan hubungan suami dan isteri.

Saya sekarang sangat bahagia, seronok, tenang dan makan minum sudah dijaga kembali.

AFDLIN SHAUKI

PELAKON/PENGARAH

Menurut Afdlin, dia merasa kasihan kerana tidak dapat menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna buat Marcella.

"Majlis pernikahan pun dilakukan secara kecil-kecilan, tidak ada majlis perkahwinan yang besar.

"Kadang-kadang kesian juga dengan isteri saya kerana tiada majlis perkahwinan besar-besaran... tetapi Alhamdulillah dia cakap tidak kisah dan dia okay sahaja.

"Niat kami hanya untuk menghalalkan hubungan dan majlis pernikahan sudah cukup untuk meraikan kami," katanya.

Bercakap soal zuriat, Afdlin bagaimanapun tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan keduanya ini.

"Ada perancangan nak timang cahaya mata... insyaAllah kami mencuba tetapi umur saya pun sudah tua," ujarnya.

Pada Ogos lalu, Afdlin mengesahkan sudah menamatkan zaman bujang dengan Marcella yang juga merupakan pengurusnya.

afdlin2 - 1

Afdlin kini kembali bergelar suami.

Enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka, Afdlin memberitahu semua urusan perkahwinannya dipermudahkan.

Desas-desus Afdlin sudah bertemu pengganti menjadi bualan ramai apabila aktor itu memuat naik gambar berbuka puasa bersama seorang wanita pada Ramdan lalu.

Untuk rekod, Afdlin dan Christina atau Maria Christina Orow Abdullah berkahwin pada 1997 dan berpisah pada April 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain